SENARAI 25 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA MENJELANG AKSI BERTEMU SRI LANKA, VIETNAM & HONG KONG

2019-09-23

Berikut senarai nama 25 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 30 September 2019.

Ia bagi persiapan menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Sri Lanka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 5 Oktober 2019 (Sabtu) dan seterusnya aksi ketiga Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 10 Oktober 2019 (Khamis) dan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 15 Oktober 2019 (Selasa)*.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

MOHD FARIZAL MARLIAS

33

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

ADAM NOR AZLIN

23

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK

32

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

LA’VERE CORBIN-ONG

28

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA

22

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

MUHAMMAD SAFAWI RASID

22

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM

7.

MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID

20

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM

8.

MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD

24

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

9.

SHAHRUL MOHD SAAD

26

PERTAHANAN

PERAK

10.

MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI

25

PENYERANG

PERAK

11.

MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

26

PENJAGA GOL

PERAK

12.

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

26

PERTAHANAN

PERAK

13.

BRENDAN GAN

31

TENGAH

PERAK

14.

J. PARTIBAN

27

SAYAP

PERAK

15.

MATTHEW DAVIES

24

PERTAHANAN

PAHANG

16.

MOHAMADOU SUMAREH

25

SAYAP

PAHANG

17.

MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH

24

TENGAH

PAHANG

18.

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

33

PENYERANG

PAHANG

19.

MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

21

PERTAHANAN

SELANGOR

20.

ABDUL HALIM SAARI

25

TENGAH

SELANGOR

21.

MUHAMMAD AKRAM MAHINAN

26

TENGAH

PKNS FC

22.

MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM

22

PENYERANG

FELDA UNITED

23.

MOHD IFWAT AKMAL CHEK KASSIM*

23

PENJAGA GOL

KEDAH

24.

MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA

24

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

25.

DOMINIC TAN JUN JIN

22

PERTAHANAN

POLICE TERO FC

 

Daripada senarai di atas, Cheng Hoe mengekalkan 23 pemain dari skuad 24 pemain bagi dua perlawanan awal Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia di Jakarta pada 5 September 2019 (menang 3-2) dan UAE di Bukit Jalil pada 10 September 2019 (kalah 2-1) dengan hanya seorang pemain yang digugurkan iaitu Hadin Azman (Felda United).

Bagi melengkapkan senarai 25 pemain kali ini, Cheng Hoe telah memanggil dua pemain baharu iaitu pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) dan pemain tengah, Abdul Halim Saari (Selangor).

Sementara itu, tujuh pemain diletakkan dalam senarai bersedia jika ada mana-mana dalam kalangan 25 pemain di atas disahkan mengalami kecederaan iaitu Hadin, Syazwan Andik Ishak (JDT), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Jafri Firdaus Chew (PKNS FC), Amirul Azhan Aznan (Perak) serta Azzizan Nordin dan Rawilson Batuil (Sabah).

 

KEMAS KINI 26 SEPTEMBER 2019:

Perlawanan Antarabangsa Tier 1, Hong Kong lwn Malaysia di Stadium Hong Kong pada 15 Oktober 2019 sah tidak akan dilangsungkan pada tarikh berkenaan dan telah ditunda ke satu tarikh lain yang akan datang selepas skuad Harimau Malaya tidak dapat berkunjung ke Hong Kong atas faktor keselamatan ekoran keadaan semasa kekacauan awam di negara itu dan hanya akan ke sana pada masa akan datang selepas situasi kembali normal.

 

KEMAS KINI 27 SEPTEMBER 2019:

Tan Cheng Hoe telah memanggil penjaga gol Selangor, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, 30, bagi menggantikan penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim yang mengalami kecederaan.

 

KEMAS KINI 30 SEPTEMBER 2019:

Tan Cheng Hoe telah memanggil pemain tengah Sabah, Mohd Azzizan Nordin, 25, untuk melapor diri pada 1 Oktober 2019 sebagai pemain ke-26 berikutan situasi beberapa pemain yang hadir melapor diri didapati mengalami kecederaan.