SENARAI 28 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-22 KEBANGSAAN MENJELANG SUKAN SEA 2019 DI FILIPINA

2019-10-31

Berikut senarai nama 28 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menyertai kem latihan pusat bermula Isnin, 4 November 2019 bagi persiapan menghadapi Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina dari 25 November hingga 10 Disember 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

MUHAMAD SHAHRUL NIZAM ROS HASNI

21

KELANTAN

2.

MUHAMMAD DANIAL HAQIM DRAMAN

21

KELANTAN

3.

NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT

20

KELANTAN

4.

NIK AZLI NIK ALIAS

22

KELANTAN

5.

ARIFF AR-RASYID ARIFFIN

21

PKNS FC

6.

A. SHIVAN PILLAY

19

PKNS FC

7.

DAMIEN LIM CHIEN KHAI

22

PKNS FC

8.

MUHAMMAD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW

22

PKNS FC

9.

R. DINESH

21

PAHANG

10.

MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM

21

PAHANG

11.

M. KOGILESWARAN RAJ

21

PAHANG

12.

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN *

17

AMD B-17

13.

HARITH HAIQAL ADAM AFKAR *

17

AMD B-17

14.

MUHAMAD UMAR HAKEEM SUHAR REZWAN *

17

AMD B-17

15.

MOHD FADZRUL DANEL MOHD NIZAM

21

KEDAH

16.

MOHAMMAD FAYADH MOHD ZULKIFLI AMIN

21

KEDAH

17.

MUHAMMAD HAZIQ MOHD SUBRI

20

PERAK

18.

MUHAMMAD KHAIRUL AMIZAN SUHAIMI

21

PERAK

19.

MUHAMMAD AZRI AB GHANI

20

FELDA UNITED FC

20.

MUHAMMAD HAZIQ NADZLI

21

JOHOR DARUL TA’ZIM

21.

MOHAMAD HARIZ KAMARUDIN

22

JOHOR DARUL TA’ZIM II

22.

K. THIVANDARAN

20

PETALING JAYA CITY FC

23.

MUHAMMAD MUKHAIRI AJMAL MAHADI *

18

PKNP FC

24.

EVAN WENSLEY WENCESLAUS

21

SABAH

25.

MUHAMMAD AMIRUL ASHRAF ARIFFIN

21

SELANGOR

26.

MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD *

18

TERENGGANU FC

27.

QUENTIN CHENG

20

CENTRAL COAST MARINERS B-21

28.

MUHAMMAD HADI FAYYADH ABDUL RAZAK

19

FAGIANO OKAYAMA

 

Daripada senarai di atas, seramai 23 pemain akan melapor diri pada 4 November 2019 manakala baki lima lagi pemain hanya akan melapor diri pada 13 November 2019 selepas tugasan Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Phnom Penh, Kemboja bersama skuad B-18 kebangsaan kendalian Brad Maloney.

Lima pemain berkenaan - Luqman Hakim Shamsudin, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan, Muhamad Mukhairi Ajmal Mahadi dan Muhammad Azam Azmi Murad yang berusia antara 17 hingga 18 tahun merupakan muka baharu yang dipanggil Kim Swee.

Antara muka baharu lain yang turut dipanggil adalah dua pemain Kedah, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam dan Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin; dua pemain Perak, Muhammad Haziq Mohd Subri dan Muhammad Khairul Amizan Suhaimi serta pemain berdarah campuran Malaysia-Australia, Quentin Cheng yang beraksi bersama skuad B-21 kelab Australia, Central Coast Mariners.

Sementara itu, senarai nama pemain tambahan dari skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe (termasuk dua pemain lebih umur 22 tahun) akan diumum pada 15 November 2019 iaitu sehari selepas perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand untuk mereka hadir melapor diri pada 20 November 2019 iaitu sehari selepas perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia.

Skuad akhir seramai 20 pemain akan berlepas ke Manila pada 23 November 2019 bagi menghadapi saingan Kumpulan A yang dibarisi tuan rumah Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor-Leste bermula 25 November 2019 di dua venue iaitu Stadium Memorial Rizal dan Stadium Binan.

Sementara Kumpulan B pula menampilkan juara bertahan Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir yang dijadual pada 7 Disember 2019 manakala perlawanan penentuan pingat gangsa dan seterusnya aksi final dijadual berlangsung pada 10 Disember 2019, sehari sebelum upacara penutup Sukan SEA 2019.

Pada edisi terdahulu iaitu Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia yang turut dikendalikan Kim Swee ketika itu berjaya meraih pingat perak selepas tewas 1-0 kepada Thailand pada aksi final yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

 

KEMAS KINI 4 NOVEMBER 2019:

Penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli, 21, telah hadir melapor diri bersama skuad B-22 kebangsaan pada 4 November 2019 tetapi terpaksa meninggalkan pasukan pada 5 November 2019 selepas namanya dipanggil oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menggantikan penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim dalam senarai kem latihan pusat skuad kebangsaan.

 

KEMAS KINI 7 NOVEMBER 2019:

Pemain pertahanan dari Kuala Lumpur, Irfan Zakaria, 24, telah hadir melapor diri bersama skuad B-22 kebangsaan pada 7 November 2019 untuk mengisi salah satu daripada dua kouta lebih umur.