SENARAI 30 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD PROJEK SUKAN SEA 2017 BERTEMU FILIPINA B-22 & NEPAL

2016-03-08

Berikut senarai 30 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-22 Malaysia, Frank Bernhardt untuk menghadiri sesi latihan dan pemilihan pusat skuad Projek Sukan SEA 2017 bermula 14 Mac ini.

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN/KELAB

1.

AHMAD SOLEHIN MAMAT

20

MELAKA

2.

AMIERUL HAKIMI AWANG

21

TERENGGANU

3.

DOMINIC TAN JUN JIN

19

JDT II

4.

MOHD ADIB ZAINUDDIN

21

UITM FC

5.

RODNEY CALVIN AKWENSIVIE

20

SARAWAK

6.

NUR SHAMIE ISZUAN AMIN

21

SARAWAK

7.

MUHAMMAD DANISH HAZIQ SAIPUL HISHAM

19

NEGERI SEMBILAN

8.

THANABALAN A/L NADARAJAH

21

NEGERI SEMBILAN

9.

MOHAMMAD FARIS SHAH MOHD ROSLI

21

KELANTAN

10.

MUHAMAD SHAHRUL HAKIM RAHIM

21

KELANTAN

11.

MOHAMAD AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK

21

KEDAH

12.

MOHAMAD RAPHI AZIZAN MARIAPPEN

20

KEDAH

13.

MUHAMMAD ARIF MOHAMED ANWAR

21

KUALA LUMPUR

14.

THIPANRAJ A/L SUBRAMANIAM

19

KUALA LUMPUR

15.

KUMAAHRAN A/L SATHASIVAM

20

PULAU PINANG

16.

MUHD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW

19

PULAU PINANG

17.

MUHAMMAD SAFAWI RASHID

19

T-TEAM

18.

MOHAMAD ARIF FADZILAH  ABU BAKAR

20

T-TEAM

19.

MOHD ZARULIZWAN MAZLAN

19

T-TEAM

20.

MATTHEW THOMAS DAVIES

21

PAHANG

21.

MUHAMMAD SHAH AMIRUL MOHD ZAMRI

18

PAHANG

22.

MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM

18

PAHANG

23.

ADAM NOR AZLIN*

20

SELANGOR

24.

MUHAMMAD SYAZWAN ABDULLAH**

20

KEDAH

25.

MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD**

21

KEDAH

26.

MOHAMMAD FARHAN ROSLAN**

20

KEDAH

27.

MUHAMMAD ARIFF FARHAN MD ISA**

19

KEDAH

28.

MUHAMMAD HAZIQ NADZLI***

18

PDRM

29.

AHMAD KHAIRIL ANUAR AHMAD ZAMRI***

21

PERAK

30.

MUHAMMAD FIRDAUS SAIYADI***

20

PERAK

*Dikehendaki melaporkan diri pada 17 Mac 2016

**Dikehendaki melaporkan diri pada 19 Mac 2016

***Dikehendaki melaporkan diri pada 20 Mac 2016

Skuad bawah-22 kebangsaan bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang pasukan Filipina B-22 (23 Mac 2016) dan pasukan kebangsaan Nepal (27 Mac 2016) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Semua pemain diminta melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum jam 2 petang, Isnin depan (14 Mac) kecuali 9 orang pemain yang bakal menyusul pada 17, 19 dan 20 Mac.

Pemain Selangor, Adam Nor Azlin diminta melapor diri pada 17 Mac (Khamis) selepas aksi Kumpulan E Piala AFC 2015 bertemu Sheikh Jamal Dhanmondi di Stadium Kebangsaan Banghabandu, Dhaka pada 15 Mac (Selasa).

Empat pemain Kedah, Muhammad Syazwan Abdullah, Muhammad Syafiq Ahmad, Mohammad Farhan Roslan dan Muhammad Ariff Farhan Md Isa pula diminta melapor diri pada 19 Mac (Sabtu) selepas aksi suku akhir Piala FA 2016 bertemu Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 18 Mac (Jumaat).

Muhammad Haziq Nadzli (PDRM), Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Perak) dan Muhammad Firdaus Saiyadi (Perak) diminta melapor diri pada 20 Mac (Ahad) selepas aksi suku akhir Piala FA 2016 pasukan masing-masing pada 19 Mac.

Sementara  itu, tujuh pemain berikut pula diminta bersedia untuk menyertai latihan skuad Projek Sukan SEA 2017 bagi menggantikan mana-mana pemain di atas jika disahkan oleh doktor pasukan mengalami kecederaan.

Mereka terdiri daripada Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan), Muhammad Zulkhairi Zulkeply (UiTM FC), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Muhammad Mohd Faudzi (T-Team), Muhammad Zuasyraf Zulkiefli (T-Team), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT II) dan Muhamad Hafiy Haikal Ismail (JDT II).

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD PROJEK SUKAN SEA 2017, FRANK BERNHARDT

“Kita telah menyaksikan banyak perlawanan terutamanya Liga Super dan Liga Premier kerana liga-liga lain masih belum bermula pada ketika itu dan kita telah menyenaraikan muka-muka baharu yang telah berjaya menarik perhatian.

“Walaupun Piala Presiden baru saja bermula, kita sudah mengenal pasti beberapa pemain yang mempunyai kemahiran diperlukan pasukan daripada senarai yang terpilih dalam sesi latihan pemilihan pada bulan Januari lalu.

“Keputusan muktamad berhubung Matthew Thomas Davies akan bergantung kepada tiada isu kecederaan skuad Harimau Malaysia di mana jika ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee memerlukan khidmatnya, saya akan melepaskan beliau untuk menyertai pasukan utama kebangsaan.

“Saya lihat Rodney Calvin Akwensivie sebagai seorang pemain muda menarik yang telah pun mempunyai sedikit pengalaman bermain di Liga Super. Beliau mempunyai kelebihan fizikal yang bagus serta berkebolehan untuk bermain di pelbagai posisi dan saya mahu melihat beliau berlatih bersama para pemain kelak.

“Kita akan menggunakan kedua-dua perlawanan ini sebagai perlawanan ujian untuk mencari kesebelasan pasukan dan juga menguji pemain-pemain di posisi berbeza. Saya mengharapkan persembahan dan perlawanan yang baik daripada para pemain.”