SENARAI AKHIR 12 PEMAIN KE KEJUARAAN BOLA SEPAK PANTAI AFC 2019 DI PATTAYA, THAILAND

2019-03-04

Berikut senarai akhir 12 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Mohd Faizal Md Sood bagi membawa cabaran Malaysia pada Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC 2019 yang akan berlangsung di Pattaya, Thailand dari 7 hingga 17 Mac 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

MOHD NAZRI SULAIMAN

34

TERENGGANU

2.

MOHD ZAHARIM MOHD YUSOF

37

TERENGGANU

3.

MOHD RIDUWAN MOHD NOOR

29

TERENGGANU

4.

MUHAMMAD QUSHAIRI ASSARI

21

TERENGGANU

5.

MOHAMAD NORAZMAN A BAKAR

21

TERENGGANU

6.

MOHD HASROL ALI

31

TERENGGANU

7.

WAN MUHAMMAD SYARIF WAN ABD MANAN

21

TERENGGANU

8.

MOHD SHAFIQ RIZA HUZAIR

26

PAHANG

9.

MOHD RIDHWAN ZAINAL

31

KUALA LUMPUR

10.

MOHD HAFIZ ARBAEN

35

KUALA LUMPUR

11.

AZRUL AZHAR

23

KEDAH

12.

AZRIZAN AHMAD

23

KEDAH

 

Skuad bola sepak pantai kebangsaan akan terbang ke Pattaya pada pagi esok (Selasa, 5 Mac 2019) bagi menghadapi saingan Kumpulan A yang mana Malaysia bakal berdepan Afghanistan pada 7 Mac, diikuti aksi bertemu tuan rumah, Thailand pada 9 Mac dan perlawanan terakhir menentang Palestine pada 11 Mac 2019.

Jika berjaya menduduki dua pasukan teratas kumpulan, saingan suku akhir dijadual berlangsung pada 14 Mac diikuti aksi separuh akhir pada 15 Mac dan final pada 17 Mac 2019.

Pada edisi terdahulu yang mana Malaysia layak selaku tuan rumah pada Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC 2017 di Kuala Terengganu, Malaysia menamatkan saingan di peringkat kumpulan selepas meraih satu kemenangan dan tiga tewas.