Senarai akhir 16 pemain ke Kejuaraan Futsal AFF 2015 di Bangkok

Berikut senarai 16 pemain yang dipilih ketua jurulatih skuad futsal lelaki negara, Marcelo Serpa untuk membawa cabaran Malaysia pada Kejuaraan Futsal AFF 2015 yang akan berlangsung di Bangkok Futsal Arena, Bangkok, Thailand dari 8 hingga 16 Oktober ini.

 NO 

NAMA

POSISI

PASUKAN

MOHD FIRDAUS RAZALI  

GK

MPSJ 

SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR   

ALA

MPSJ 

MUHAMMAD SHAMSUL AKMAR ZAMRI

PIVOT

MPSJ

ABU HANIFFA HASAN

DF

FELDA UNITED 

MUHAMMAD FITRI MUHAMAD YATIM 

DF

FELDA UNITED 

QAISER HESHAAM ABDUL KADIR 

ALA 

FELDA UNITED 

AHMAD FAWZUL HADZIR 

PIVOT

FELDA UNITED 

SAIFUL NIZAM MOHAMAD ALI 

PIVOT

FELDA UNITED 

MUHAMMAD AKMAL YAZADH AMRI 

ALA/PIVOT 

FELDA UNITED 

10 

AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ 

GK

FELDA UNITED 

11 

MOHD RIDZWAN BAKRI

ALA/PIVOT

SABAH

12 

MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHARIN 

ALA/PIVOT

SELANGOR 

13 

SAIFUL AULA AHMAD 

DF

SELANGOR 

14 

AKMARULNIZAM MOHD IDRIS 

ALA/DF

PAHANG 

15

MUHAMMAD SHAMAR FADZIL

ALA/DF

MELAKA

16 

MOHD NOOR AZRIN ADNAN  

GK

KL MK 

Tiga pemain daripada senarai 19 pemain dalam kem latihan pusat terpaksa diketepikan Marcelo untuk senarai akhir di atas iaitu penjaga gol, Mohd Rahimi Abdul Shatar serta Afif Asyraf Muhd Halil dan Faisal Saharudin.

KOMEN JURULATIH SKUAD FUTSAL LELAKI MALAYSIA, MARCELO SERPA

“Tidak banyak perubahan saya lakukan daripada senarai 16 pemain yang dibawa untuk siri lima aksi persahabatan di Jepun, awal bulan lalu. Cuma kali ini saya menyenaraikan Abu Haniffa menggantikan Afif Asyraf dan penjaga gol, Mohd Noor Azrin menggantikan Mohd Rahimi.

 “Sudah tentu sasaran utama kali ialah untuk mara ke separuh akhir bagi melayakkan diri secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan Futsal AFC 2016 di Uzbekistan pada Februari depan.

 “Jika sudah berjaya layak ke separuh akhir, sudah tentu sasaran kedua kami adalah untuk melangkah ke final. Berdasarkan persiapan baik menjelang kejohanan kali ini, saya rasa pasukan ini memiliki kemampuan untuk melangkah ke final.

 “Lagipun Malaysia sudah lama tidak beraksi di final (kali terakhir pada 2010) dan dua kali berturut gagal ke separuh akhir (2013 dan 2014).

 “Jadi kali ini jika kami berjaya mara sehingga final, sudah tentu kami cuba untuk menjuarai Kejohanan Futsal AFF ini buat kali pertama. Memang bukan mudah kerana Thailand dan Australia (dua finalis pada dua edisi terakhir) pasukan yang kuat.

 “Tapi jika persiapan kita baik, untuk satu perlawanan mana tahu kita mampu menundukkan mereka. Saya rasa prestasi pemain dan pasukan kita kali ini lebih baik dan tersusun. Jika pemain teruskan persembahan sama seperti pada aksi persahabatan ketika kejohanan sebenar nanti, kita boleh dapatkan keputusan yang baik.”

 

JADUAL PERLAWANAN KEJUARAAN FUTSAL AFF 2015 DI BANGKOK, THAILAND:

 

KUMPULAN A

 

8 OKTOBER

Timor Leste lwn Singapura, 5.30 ptg

Brunei lwn MALAYSIA, 8 mlm

 

9 OKTOBER

Timor Leste lwn Brunei, 5.30 ptg

Singapura lwn Thailand, 8  mlm

 

10 OKTOBER

Singapura lwn Brunei, 5.30 ptg

Thailand lwn MALAYSIA, 8 mlm

 

11 OKTOBER

MALAYSIA lwn Timor Leste, 5.30 ptg

Brunei lwn Thailand, 8 mlm

 

12 OKTOBER

Singapura lwn MALAYSIA, 5.30 ptg

Thailand lwn Timor Leste, 8 mlm

 

* Kumpulan B: Australia, Vietnam, Laos, Myanmar & Filipina

 

14 OKTOBER

Separuh akhir 1: Juara Kumpulan A lwn Naib juara Kumpulan B, 3 ptg

Separuh akhir 2: Juara Kumpulan B lwn Naib juara Kumpulan A, 8 mlm

 

16 OKTOBER

Penentuan tempat ke-3 & ke-4, 3 ptg

Final, 8 mlm

 

*  Waktu perlawanan dinyatakan adalah mengikut waktu Malaysia

J Category: 
article/futsal