SENARAI AKHIR 23 PEMAIN KE KEJUARAAN B-23 AFC 2018 DI CHINA

2017-12-29

Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Januari 2018 selepas berakhirnya kem latihan pusat selama dua minggu di Mokpo, Korea Selatan.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

HAZIQ NADZLI

19

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

SAFAWI RASID

20

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

DOMINIC TAN

20

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

ADAM NOR AZLIN

21

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM*

5.

SYAMER KUTTY ABBA

20

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM*

6.

MATTHEW DAVIES

22

SAYAP

PAHANG

7.

NOR AZAM ABDUL AZIH

22

TENGAH

PAHANG

8.

KOGILESWARAN RAJ

19

PENYERANG

PAHANG

9.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

21

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM II

10.

HADI FAYYADH ABDUL RAZAK

17

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM II

11.

IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

21

PENJAGA GOL

KEDAH

12.

AKHYAR RASHID

18

PENYERANG

KEDAH

13.

AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED

21

PENJAGA GOL

NEGERI SEMBILAN*

14.

N THANABALAN

22

PENYERANG

NEGERI SEMBILAN*

15.

SHIVAN PILLAY ASOKAN

17

PERTAHANAN

PKNS FC

16.

JAFRI FIRDAUS CHEW

20

PENYERANG

PKNS FC*

17.

ADIB ZAINUDIN

22

PERTAHANAN

FELCRA FC

18.

DANIAL AMIER NORHISHAM

20

TENGAH

FELDA UNITED

19.

NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT

18

TENGAH

KELANTAN

20.

IRFAN ZAKARIA

22

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

21.

SYAZWAN ZAIPOL BAHARI

22

PERTAHANAN

PERAK*

22.

TOMMY MAWAT BADA

21

SAYAP

PJ RANGERS FC*

23.

SYAHMI SAFARI

19

SAYAP

SELANGOR

* Pasukan baharu 2018

 

Seramai tiga pemain telah digugurkan daripada senarai 26 pemain yang berlepas ke Mokpo, 17 Disember lalu iaitu pemain pertahanan, Raphi Azizan Mariappen, 21, (PJ Rangers) serta dua pemain tengah, Ahmad Khairil Anuar Zamri, 22, (Perak) dan K Thivandaran, 18, (Pulau Pinang).

“Ketiga-tiga pemain yang digugurkan ini dilihat masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lama. Namun mereka menunjukkan kesungguhan selama berada dalam pasukan ini.

“Mereka bertiga akan pulang ke tanah air pada Sabtu (esok) tetapi masih perlu bersedia untuk ke China jika terdapat mana-mana pemain dalam senarai 23 pemain mengalami kecederaan sebelum sepak mula perlawanan pertama pada 10 Januari.

“Ia satu keputusan yang sukar untuk saya menamakan senarai akhir 23 pemain ini, namun saya percaya kesemua 23 pemain yang dipilih ini merupakan yang terbaik bagi menghadapi kejohanan kali ini,” kata Kim Swee.

Sepanjang dua minggu di Mokpo, skuad B-23 kebangsaan telah mengharungi tiga perlawanan persahabatan menentang kelab tempatan Korea Selatan yang menyaksikan mereka seri 1-1 dengan Mokpo City FC pada 20 Disember (jaringan Syamer Kutty Abba), menewaskan Honam University 1-0 pada 22 Disember (jaringan Kogileswaran Raj) dan seri 1-1 dengan Jeonju Citizen FC pada 28 Disember (jaringan Safawi Rasid).

Barisan 23 pemain ini akan berlepas dari Seoul, Korea Selatan ke Nanjing, China pada Sabtu (esok) untuk perlawanan persahabatan terakhir sebelum kejohanan bertemu skuad B-23 Syria di Stadium Pusat Latihan Jiangsu, Nanjing pada Jumaat, 5 Januari 2018.

Seterusnya untuk kejohanan sebenar, skuad B-23 kebangsaan dijadual tiba di Changshu pada 6 Januari bagi menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

 Jika skuad B-23 kebangsaan berjaya muncul dua pasukan teratas kumpulan, aksi suku akhir akan berlangsung pada 20 Januari diikuti separuh akhir pada 23 Januari dan final pada 27 Januari 2018.