SENARAI AKHIR EMPAT PEMAIN SKUAD FAM ERIMAU KE SUKAN SEA 2021 DI VIETNAM

2022-05-03

Berikut senarai akhir empat pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih skuad FAM eRimau kebangsaan, Ahmad Akmal Abdul Rafil untuk mewakili skuad FAM eRimau ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam dari 13 hingga 15 Mei 2022 bagi pertandingan FIFA ONLINE 4 (FO4).

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

MUHAMMAD LUQMAN HAZIQ HAJIMAN (LuqmanHzq)

25

GBX ESPORTS TEAM

2.

MUHAMMAD ASYRAF KAMAL (AK31)

29

ORANGE ESPORTS

3.

GAN MUN KIAT (RippedJeannn)

25

ORANGE ESPORTS

4.

WAN MUHAMMAD HAKIMM WAN NARIZAN (P3rlisTeamJr)

24

ORANGE ESPORTS

 

Untuk makluman semua, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merupakan organisasi yang telah diamanahkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menghantar wakil negara ke temasya Sukan SEA 2021 bagi kategori esports FO4.

Badan induk bola sepak dunia, FIFA telah mencadangkan pemilihan atlet bagi pertandingan ini boleh dilakukan melalui pemilihan pemain yang bertanding di kejohanan FIFAe Nations atau pemilihan berdasarkan peringkat saringan mengunakan FIFA HD. Ini kerana ketiadaan 'server' FO4 di Malaysia dan cadangan ini turut diberikan kepada negara-negara lain yang tidak mempunyai server FO4.

Memandangkan ini kali pertama FAM menghantar pasukan bagi kategori FO4 serta mengambil kira ketiadaan server FO4 di Malaysia, FAM mengambil pendekatan untuk mengabungkan pemain FO4 dan pemain skuad FAM eRimau FIFAe Nations Cup sebagai strategi untuk menubuhkan pasukan yang akan menggalas cabaran negara ke temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi. Strategi ini dilihat dapat membantu skuad FAM eRimau untuk mencapai sasaran pada temasya Sukan SEA ini.

Tambahan pula, disebabkan oleh Luqman Haziq yang bersama skuad FAM eRimau menduduki tangga ke-5 ranking dunia bagi FIFAe Nations, skuad FAM eRimau telah diletakkan sebagai Kategori A bagi penyertaan ke Sukan SEA 2021 ini.

Skuad FAM eRimau ini telah menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 25 hingga 29 April 2022 dan mereka dijadual terbang ke Hanoi pada 10 Mei 2022.

Bagi acara FO4 pada Sukan SEA 2021 itu nanti, saingan peringkat kelayakan akan berlangsung pada 14 Mei 2022 manakala saingan Final pada 15 Mei 2022 dengan venue pertandingan di National Convention Center Vietnam.

 

Siaran media ini dikeluarkan pada Selasa, 3 Mei 2022