SENARAI RASMI PASUKAN UNTUK PIALA FAM, PIALA PRESIDEN & PIALA BELIA BAGI MUSIM 2016

2016-01-22

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dipengerusikan Dato' Sri Afandi Hamzah yang bersidang petang semalam telah memutuskan senarai rasmi pasukan yang akan bertanding pada Piala FAM, Piala Presiden dan Piala Belia bagi musim 2016.

Bagi saingan liga divisyen tiga kebangsaan, Piala FAM, sebanyak 18 pasukan akan menyertai saingan musim ini dengan membabitkan 11 pasukan lama dan 7 pasukan baharu

PIALA FAM 2016

1. AIR ASIA ALLSTARS FC

2. DYS FC *

3. FELCRA FC

4. HANELANG FC

5. KDMM FC *

6. MPKB-BRI *

7. MEGAH MURNI FC

8. MISC-MIFA

9. MOF FC

10. PB IPOH

11. PB MELAYU MALAYSIA *

12. PENJARA FC

13. PKNP FC *

14. SAMB FC *

15. SHAHZAN MUDA FC

16. SUNGAI ARA FC

17. TNB KILAT FC *

18. UKM FC

* Pasukan baharu

Format pertandingan Piala FAM 2016 adalah seperti berikut:

* Sepak mula pada 28 Februari 2016 (Ahad)

* Peringkat liga: 18 pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai sembilan pasukan

* Selepas 16 perlawanan liga, empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir

* Peringkat kalah mati: Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik

* Dua pasukan yang layak ke perlawanan akhir itu akan dinaikkan ke Liga Premier 2017

Bagi saingan bawah 21 tahun kebangsaan, Piala Presiden pula, sebanyak 20 pasukan akan mengambil bahagian pada musim ini.

PIALA PRESIDEN 2016

1. ATM

2. FELDA UNITED FC

3. JOHOR DARUL TA'ZIM III

4. KEDAH

5. KELANTAN

6. KUALA LUMPUR

7. MELAKA

8. NEGERI SEMBILAN

9. PAHANG

10. PDRM

11. PERAK

12. PERLIS

13. PKNS FC

14. PULAU PINANG

15. SABAH

16. SARAWAK

17. SELANGOR

18. TERENGGANU

19. T-TEAM

20. UITM FC

Format pertandingan Piala Presiden 2016 adalah seperti berikut:

* Sepak mula pada 3 Mac 2016 (Khamis)

* Peringkat liga: 20 pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai 10 pasukan

* Selepas 18 perlawanan liga, empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir

* Peringkat kalah mati: Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik

 

Sementara itu, saingan bawah 19 tahun kebangsaan, Piala Belia juga akan disertai sebanyak 20 pasukan pada musim ini.

PIALA BELIA 2016

1. ATM

2. FELDA UNITED FC

3. JOHOR DARUL TA'ZIM IV

4. KEDAH

5. KELANTAN

6. KUALA LUMPUR

7. MISC-MIFA

8. MELAKA

9. NEGERI SEMBILAN

10. PAHANG

11. PERAK

12. PERLIS

13. PULAU PINANG

14. SABAH

15. SARAWAK

16. SSBJ B-17

17. SSMP B-17

18. SSMP B-16

19. SELANGOR

20. TERENGGANU

Format pertandingan Piala Belia 2016 adalah seperti berikut:

* Sepak mula pada 28 Februari 2016 (Ahad)

* Peringkat liga: 20 pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai 10 pasukan

* Selepas 18 perlawanan liga, empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir

* Peringkat kalah mati: Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik

Tarikh untuk majlis undian bagi ketiga-tiga pertandingan anjuran FAM ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.