Separuh Akhir Kejuaraan B-19 AFF 2015: Thailand 5 Malaysia 0

Malaysia gagal untuk mara ke final Kejuaraan B-19 AFF 2015 selepas tewas kepada Thailand 0-5 pada aksi separuh akhir di Stadium Nasional Laos, sebentar tadi.

Gol-gol hasil jaringan oleh Ritthidep Phensawat pada minit ke-35 dan 47, Worachit Kanitsribampen pada minit ke-42, Sansern Limwatthana pada minit ke-46 dan Suksan Mungpao pada minit ke-71 membolehkan pasukan juara tiga kali itu menempah tiket final pada hari Jumaat ini.

Terdahulu pada empat perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, skuad B-19 negara kendalian ketua jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras muncul naib juara Kumpulan B selepas menewaskan Timor Leste 2-1, membelasah Singapura 4-0, terikat seri 0-0 dengan Vietnam dan tewas kepada Myanmar 0-1.

Skuad B-19 kebangsaan bakal beraksi di perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menentang tuan rumah, Laos pada hari Jumaat ini (4 September 2015).

KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-19, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Pasukan telah melakukan yang sebaik mungkin pada perlawanan ini dan saya berharap pemain-pemain akan menjadikannya sebagai satu pengajaran dan pengalaman yang berguna bagi persedian pasukan yang akan menghadapi Kelayakan AFC di China pada 2 hingga 6 Oktober nanti.
 

“Saya akui pasukan lawan mempunyai pemain-pemain yang berkualiti tinggi dari segi hantaran-hantaran kemas mereka terutamanya dari barisan tengah. Saya berharap pemain-pemain dapat belajar sesuatu daripada pengalaman ini bagi meneruskan kejohanan ini bagi penentuan tempat ke 3/4 pada Jumaat ini.”

KEPUTUSAN HARI INI
 
SEPARUH AKHIR
 
THAILAND 5
Ritthidep Phensawat m-35, m-46,
Worachit Kanitsribampen m-42,
Sansern Limwatthana m-45+1,
Suksan Mungpao m-71
MALAYSIA 0
 
VIETNAM 4
Ho Minh Di m-1,
Ha Duc Chinh m-50, m-58, m-82
LAOS 0
 

REKOD PERLAWANAN MALAYSIA B-19 DI KEJUARAAN B-19 AFF 2015

PERINGKAT KUMPULAN

TARIKH

PERLAWANAN

23 Ogos 2015

Malaysia 2-1 Timor Leste

25 Ogos 2015

Malaysia 4-0 Singapura

27 Ogos 2015

Vietnam 0-0 Malaysia

29 Ogos 2015

Malaysia 0-1 Myanmar

 

SENARAI PENJARING GOL MALAYSIA B-19

 

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

3

Muhammad Nazirul Afif Ibrahim

1

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

1

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

1

 

 

J Category: 
uncategorised8