SIARAN MEDIA 30 JANUARI 2012

SIARAN MEDIA 30 JANUARI 2012

PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA
SIARAN MEDIA 30 JANUARI 2012
MESYUARAT KHAS MENANGANI ISU RASUAH DALAM LIGA-M

Adalah dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Khas khusus untuk membincangkan isu-isu rasuah dalam Bolasepak Liga Malaysia akan diadakan seperti pada ketetapan berikut:

TARIKH : Selasa, 31 Januari 2012
MASA : 3.00 Petang
TEMPAT : Shazan House,
19, Jalan Wickham,
Off Jalan Ampang Hilir,
Kuala Lumpur

Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM.

Persatuan ini menjemput wakil-wakil media untuk meliputi Sidang Media yang akan diadakan di Shahzan House, sebaik selesai Mesyuarat Khas yang tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa kod pakaian untuk Sidang Media ini adalah Formal.

Sekian, terima kasih.

Back

J Category: 
article/press-release