SIARAN MEDIA: FAM AMBIL TANGGUNGJAWAB KEGAGALAN DI PIALA SUZUKI AFF 2020

2021-12-20

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima tanggungjawab sepenuhnya kegagalan pasukan kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, mengarahkan pengurusan pasukan kebangsaan untuk mengemukakan laporan bedah siasat dan analisis lengkap mengenai prestasi Harimau Malaya sepanjang kempen di Singapura kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam masa terdekat.

Pasukan kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe mencatat dua kemenangan - ke atas Laos dan Kemboja tetapi tewas kepada Vietnam dan Indonesia yang menafikan mereka tempat ke separuh akhir.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar, berkata laporan bedah siasat itu akan diteliti oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan sebelum dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kelak.

* Siaran media ini dikeluarkan pada Isnin, 20 Disember 2021