SIARAN MEDIA: FAM LEPAS BRAD MALONEY MENERUSI PERSETUJUAN BERSAMA

2022-07-13

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah melepaskan ketua jurulatih B-23 kebangsaan, Brad Maloney secara persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak.

Ia dicapai selepas Maloney, 50, hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi bagi membentangkan laporan prestasi pasukan kendaliannya pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, Mei lalu dan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, Jun lalu.

Maloney merakamkan ucapan terima kasih kepada FAM kerana telah memberi peluang untuk beliau berkhidmat selama lapan tahun sejak 2014 yang mana ia telah banyak membantu dalam meningkatkan karier kejurulatihannya bermula sebagai penolong jurulatih B-23 kebangsaan kepada Datuk Ong Kim Swee sehinggalah dilantik sebagai ketua jurulatih B-19 kebangsaan pada 2019 dan seterusnya ketua jurulatih B-23 kebangsaan.

Selamat maju jaya kepada Maloney dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini. Jasa dan sumbangan beliau sepanjang lapan tahun bersama FAM ini akan sentiasa dikenang. Terima kasih.

 

Mohd Saifuddin Abu Bakar

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

* Siaran media ini dikeluarkan pada Rabu, 13 Julai 2022

 

 

 

 

MEDIA RELEASE: FAM RELEASES BRAD MALONEY BY MUTUAL AGREEMENT

2022-07-13

Football Association of Malaysia (FAM), today released the national U-23 head coach, Brad Maloney by a mutual agreement.

It was achieved when Maloney, 50, attended the FAM National Team Management Committee meeting chaired by the FAM President Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin at Wisma FAM, Kelana Jaya to present the performance report of his team at the two tournaments, the 2021 SEA Games in Vietnam last May and the 2022 U-23 Asian Cup in Uzbekistan, last June.

Maloney thanked FAM for giving him the opportunity and his eight years of service since 2014 which has helped him a lot in improving his coaching career starting as the national U-23 assistant coach to Datuk Ong Kim Swee until he was appointed as the U-19 head coach in 2019 before holding the responsibility as the national U-23 head coach.

Good luck to Maloney in continuing his coaching career and we wish him all the best in his future endeavours. His leadership and many contributions during his eight years with FAM will always be remembered. Thank you.

 

Mohd Saifuddin Abu Bakar

General Secretary of the Football Association of Malaysia (FAM)

 

 * This press release was released on Wednesday, July 13, 2022