SIARAN MEDIA: FAM-PSM TANDATANGANI PERJANJIAN UNTUK SEMUA AKSI HARIMAU MALAYA BERLANGSUNG DI STADIUM NASIONAL

2019-08-15

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), hari ini telah menandatangani satu perjanjian bersama sehingga 31 Disember 2020 untuk menjadikan Stadium Nasional yang terletak di Kuala Lumpur Sports City (KLSC), Bukit Jalil sebagai gelanggang sendiri skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya bagi mana-mana pertandingan atau kejohanan rasmi.

Ini menjadikan kesemua perlawanan tempat sendiri skuad Harimau Malaya sepanjang kempen Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dari 5 September 2019 hingga 9 Jun 2020 serta perlawanan tempat sendiri bagi Piala Suzuki AFF 2020 pada November hingga Disember 2020 akan berlangsung di Stadium Nasional yang secara rasminya menjadi 'Rumah Harimau Malaya'.

Perjanjian berkenaan turut boleh dilanjutkan untuk tempoh tambahan dua tahun lagi iaitu dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2022, jika mencapai persetujuan bersama daripada kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun mengikut perjanjian itu, skuad Harimau Malaya dibenarkan untuk beraksi di stadium-stadium lain di seluruh negara jika ia hanya membabitkan perlawanan-perlawanan persahabatan.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah berlangsung di Stadium Nasional, KLSC, Bukit Jalil, di sini, hari ini dengan FAM diwakili oleh presidennya, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin manakala PSM diwakili oleh pengerusinya, Tan Sri Dr Tony Fernandes sambil disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dato' Haji Hamidin berkata: "Perjanjian ini melakarkan satu bentuk kerjasama daripada FAM untuk memastikan 'Rumah Harimau Malaya' ditempatkan di sebuah stadium yang cantik, moden dan canggih seperti Stadium Nasional ini yang mana keutamaan perlu diberikan kepada para penyokong menerusi kemudahan pengangkutan awam dan juga keselesaan mereka ketika berada di dalam stadium.

"Selain itu, kerjasama dengan PSM ini turut bakal membuka peluang untuk cadangan pembinaan Muzium Harimau Malaya dan juga Kedai Rasmi Harimau Malaya di Stadium Nasional ini yang masih dalam proses perbincangan. Saya pasti ia sememangnya dinanti-nantikan oleh para penyokong dan peminat Harimau Malaya."

Tan Sri Dr Tony pula menambah: "Kerjasama dengan FAM ini mampu menaikkan lagi prestij dan imej KLSC yang mana Stadium Nasional kini secara rasminya telah diiktiraf sebagai 'Rumah Harimau Malaya'.

"Sudah tentu PSM mahu membantu pembangunan bola sepak di Malaysia ini dengan memberi peluang kepada para penyokong Harimau Malaya menyaksikan persembahan skuad kebangsaan di venue bola sepak yang paling moden di Malaysia ini."

Sementara itu, FAM dan PSM sedang bekerjasama untuk merealisasikan sistem penjualan tiket seratus peratus secara online bagi perlawanan-perlawanan membabitkan skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional.

Perbincangan mengenai perkara tersebut memerlukan masa yang lebih bagi memastikan semua aspek penjualan dan operasi perlawanan dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

FAM dan PSM turut akan cuba memperkenalkan penjualan tiket mengikut nombor tempat duduk yang mana ia juga masih dalam peringkat perbincangan berhubung cara operasinya. Kedua-dua inisiatif ini akan cuba dilancarkan menjelang perlawanan bertemu UAE pada 10 September ini.

Dengan kerjasama ini, proses pemeriksaan keselamatan di pintu masuk stadium menggunakan alat pengimbas pengesan logam (metal detector scanner) dan alat pengimbas tangan (hand held scanner) serta laluan ekspres bagi penyokong yang tidak membawa beg akan diperkenalkan bagi memastikan aliran masuk penyokong ke stadium berjalan dengan lebih lancar.

"Terima kasih kepada PSM yang hadir ke hadapan bagi membantu pembangunan bola sepak Malaysia dan Tan Sri (Tony) sendiri sebagai ikon korporat dan ikon bola sepak di Malaysia ini yang secara langsung tampil untuk mengambil inisiatif sendiri bagi membantu bola sepak di peringkat kebangsaan ini.

"Kami di FAM mengalu-alukan kerjasama dengan PSM ini yang mana imej bola sepak negara dapat dinaikkan. Saya juga menyeru agar pihak organisasi dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain dapat tampil ke hadapan untuk kita sama-sama menaikkan bola sepak Malaysia," tambah Dato' Haji Hamidin.

Bagi tempoh terdekat ini, skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan beraksi dua perlawanan di Stadium Nasional iaitu bertemu Jordan bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada 30 Ogos 2019 dan perlawanan kedua Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE pada 10 September 2019.

Skuad Harimau Malaya bakal membuka kempen Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September 2019.

 

------------

 

MEDIA RELEASE: FAM-PSM SIGN AGREEMENT FOR ALL HARIMAU MALAYA MATCHES TO BE HELD AT THE NATIONAL STADIUM

2019-08-15

The Football Association of Malaysia (FAM) and the Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), today signed an agreement until 31st December 2020 to make the National Stadium, located in Kuala Lumpur Sports City (KLSC), Bukit Jalil the home ground for the national football squad - Harimau Malaya for any official tournaments or matches.

This denotes that all the Harimau Malaya squad’s home matches throughout the World Cup 2022 & Asian Cup 2023 Qualifiers Round 2 campaign from 5th September 2019 to 9th June 2020 and home matches for the 2020 AFF Suzuki Cup in November and December 2020 will take place at the National Stadium, which will also be officially known as the 'Home of Harimau Malaya'.

The contract may also extend for an additional two years, from 1st January 2021 to 31st December 2022, if a mutual agreement can be reached.

However, according to the agreement, the Harimau Malaya squad is also allowed to play in other friendly matches at stadiums around the country.

The signing ceremony took place at the National Stadium, KLSC, Bukit Jalil, here, today with FAM represented by its president, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin while PSM was represented by its chairman, Tan Sri Dr Tony Fernandes and witnessed by the Youth and Sports Minister, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dato’ Haji Hamidin said: "This agreement is a statement of intent from FAM to ensure that the ‘Home of Harimau Malaya’ is housed in a beautiful, modern and sophisticated stadium such as the National Stadium where priority should be given to the supporters through public transport facilities as well as comfort in the stadium.

"In addition, this collaboration with PSM also opens up the opportunity for the establishment of the Harimau Malaya Museum as well as the Harimau Malaya Official Store at the National Stadium which are still in talks. I am sure this has been eagerly anticipated by the Harimau Malaya fans.”

Tan Sri Dr Tony added: "This collaboration with FAM is capable of enhancing the prestige and image of the KLSC with the National Stadium now officially recognized as the 'Home of Harimau Malaya'.

"Of course, PSM wants to help the development of football in Malaysia by being the platform for all Harimau Malaya fans to watch their beloved national team at the most modern football venue in Malaysia.”

Meanwhile, FAM and PSM are working together to develop a hundred percent online ticket sales system for matches involving the Harimau Malaya squad at the National Stadium.

Discussions on the matter consumes more time to ensure that all aspects of the sale and match operations can be carried out without any hiccups.

FAM and PSM will also try to introduce ticket sales by seating numbers which is also in the discussion process, mainly operations-wise. Both initiatives will be launched ahead of the UAE match on 10th September.

With this cooperation, the security checks process at the stadium entrance using metal detector scanners and hand-held scanners as well as an express lane for supporters without bags will be introduced to ensure the seamless entrance of supporters into the stadium.

"Our deepest gratitude to PSM for coming forward to support football development in Malaysia and Tan Sri (Tony) as a corporate and footballing icon in Malaysia who has also stepped forward to take his own initiative in helping football at the national level.

"We at FAM look forward to working with PSM in elevating the country’s image in the football industry. I also urge other organizations and government-linked companies (GLCs) to come forward for us to promote Malaysian football together," added Dato 'Haji Hamidin.

Before long, the Harimau Malaya squad, under the tutelage of Tan Cheng Hoe, will play two matches at the National Stadium, taking on Jordan in a Tier 1 International Match on 30th August 2019 before facing UAE on 10th September 2019 in their second World Cup 2022 & Asian Cup 2023 Qualifiers Round 2 Group G match.

The Harimau Malaya squad will kick-off their World Cup 2022 & Asian Cup 2023 Qualifiers Round 2 campaign against Indonesia at the Gelora Bung Karno Main Stadium, Jakarta on 5th September 2019.