SIARAN MEDIA: FAM SAMBUT BAIK PENGUMUMAN KERAJAAN UNTUK MEMBENARKAN LATIHAN BOLA SEPAK MULAI 15 JUN 2020

2020-06-08

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyambut baik pengumuman kerajaan menerusi perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam yang telah memberi kebenaran untuk latihan persediaan pasukan termasuk bola sepak dijalankan semula dengan syarat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Kebenaran tersebut turut diperjelaskan lagi secara terperinci pada sidang media harian Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, hari ini dan sidang media khas Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican sebentar tadi iaitu aktiviti latihan bola sepak, sama ada secara profesional atau sosial telah diberi kebenaran untuk dijalankan semula mulai 15 Jun 2020.

FAM amat berterima kasih kepada pihak kerajaan yang meluluskan kebenaran bagi aktiviti latihan bola sepak bermula semula mengikut syarat dan SOP, terutamanya kepada Tan Sri Muhyiddin, Dato' Sri Ismail Sabri dan Dato' Sri Reezal Merican atas segala bantuan yang telah dihulurkan kepada FAM.

Sudah tentu, ini merupakan satu berita gembira kepada seluruh warga bola sepak di Malaysia yang sudah hampir tiga bulan terpaksa menghentikan segala aktiviti bola sepak di semua peringkat sejak saingan Liga Malaysia 2020 ditangguhkan berkuat kuasa 16 Mac 2020 dan diikuti dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bermula 18 Mac 2020.

1. Dengan kebenaran diberikan oleh kerajaan ini, FAM yang sudah pun mempunyai SOP bagi latihan pasukan-pasukan kebangsaan akan mengadakan perbincangan dalaman untuk penentuan langkah seterusnya bagi menggerakkan perancangan memanggil pemain-pemain ke kem latihan pusat skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe bagi persiapan menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadual pada Oktober dan November 2020 serta kem latihan pusat skuad B-19 kebangsaan kendalian Brad Maloney bagi menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan, Oktober ini.

Ia akan disusuli dengan SOP bagi kem latihan pusat dengan pendekatan secara kuarantin (quarantine based approach centralized camp) yang akan dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat ini berpandukan SOP Sektor Sukan & Rekreaksi Fasa 2 yang dikeluarkan KBS, hari ini.

2. Berhubung aktiviti latihan bagi pasukan-pasukan yang beraksi dalam CIMB Liga Super 2020 dan Liga Premier 2020, badan pengendali liga iaitu Malaysian Football League (MFL) akan mengeluarkan SOP kembali ke latihan dan juga akan menghubungi pasukan-pasukan berkenaan dalam masa terdekat ini bagi memberi penerangan terhadap SOP yang telah disediakan bagi memastikan perlaksanan sejajar dapat dipastikan.

3. Bagi akademi-akademi bola sepak khususnya yang terlibat dengan program pembangunan di peringkat akar umbi, SOP kembali ke latihan sudah disediakan oleh FAM dan akan dikongsikan kepada pihak yang berkenaan dalam tempoh terdekat ini selepas kandungannya diselaraskan dengan garis panduan baharu Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan kelancaran operasinya apabila kebenaran diberikan kerajaan bermula 15 Jun 2020.

4. Bagi aktiviti bola sepak secara sosial dan riadah, FAM akan mengeluarkan satu garis panduan cadangan untuk diikuti oleh semua yang terlibat bagi menjamin kesihatan dan keselamatan kita semua agar tidak terdedah kepada kemungkinan terjadinya penularan semula pandemik COVID-19 ini.

Untuk itu, FAM berharap agar kita semua yang terlibat dalam bola sepak ini dapat sama-sama mengekalkan disiplin diri masing-masing untuk mengikut segala SOP serta ketetapan yang telah dibuat agar kelonggaran yang telah diberikan oleh kerajaan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kesihatan dan juga kelangsungan sukan bola sepak di negara ini.

FAM juga akan sentiasa dari semasa ke semasa memberikan informasi terkini untuk makluman seluruh warga bola sepak supaya kita sama-sama dapat terus kekal sihat dan beraktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu bermula dari 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.

 

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

------

 

MEDIA RELEASE: FAM WELCOMES GOVERNMENT ANNOUNCEMENT TO ALLOW FOOTBALL TRAINING STARTING JUNE 15, 2020

2020-06-08

The Football Association of Malaysia (FAM) today welcomed the government's announcement by the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yesterday that the football training activities - professionally or socially – are allowed to resume under the guidelines stipulated by the National Security Council’s Standard Operation Procedures (SOP).

The subsequent explanation was then made by the Senior Minister of Defense, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob today followed by the special press conference by the Minister of Youth and Sports, Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican on football training, either professionally or socially are allowed to resume on June 15, 2020.

FAM appreciates the Government’s greenlight for football training and activities to restart under the guidelines and SOPs and wishes to extend our gratitude to Tan Sri Muhyiddin, Dato’ Seri Ismail Sabri and Dato’ Sri Reezal Merican, for all the assistance and guidance.

This is indeed great news for all the football fraternity whose activities came to an abrupt halt following the postponement of the 2020 Malaysian League on March 16, 2020. The postponement came two days before the first phase of the Movement Control Order (MCO) on March 18, 2020.

1. FAM is all primed with the SOP that details out the training guidelines for the national team’s back to training and will conduct an internal discussion to coordinate the next steps for centralised training. The discussion will center on Tan Cheng Hoe’s preparation ahead of the 2022 World Cup/2023 Asian Cup Qualifiers, scheduled for October and November 2020 as well as Brad Maloney’s national Under-19 team training camp ahead of the AFC 2020 U-19 Championship Final Round in Uzbekistan, October.

It will be followed by the SOP for the quarantine based approach centralized camp which soon will be sent to the Ministry of Youth and Sports under the SOP Sports & Recreation Phase 2,  released by the Ministry today.

2. The Malaysian Football League (MFL) will announce the training SOP for teams competing in the CIMB Super League 2020 and the Premier League 2020, soon. MFL will be in touch with the clubs to provide an in-depth guideline to comply with the SOP.

3. For football academies, especially those involved with grassroots development programs, the back to training SOPs regulated by FAM will be disseminated accordingly as soon as possible after its content is aligned with the current National Security Council guidelines.

4. For social and recreational football activities, FAM will recommend guidelines to be observed by the relevant parties as a precautionary measure to curb the pandemic.

FAM therefore is hopeful that the football fraternity is able to maintain discipline and abide by all the SOPs so that the special leniency provided by the Government is fully optimised to reboot the domestic game.

FAM will also provide updates from time to time so that we can continue to stay focused on returning to football and remain active during the Recovery Movement Control Order (RMCO) which replaces the Conditional Movement Control Order (CMCO) from June 10 to August 31.

 

Stuart Ramalingam

General Secretary of the Football Association of Malaysia (FAM)