SIARAN MEDIA: FAM UMUM RTM & ASTRO PENYIAR RASMI AKSI HARIMAU MALAYA

2019-09-04

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro sebagai pemegang hak penyiaran bersama bagi kesemua empat perlawanan skuad Harimau Malaya di gelanggang sendiri untuk Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan G akan mengharungi lapan perlawanan keseluruhan, bermula dengan aksi sulung bertemu Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada Khamis ini, 5 September 2019 dan diakhiri aksi terakhir kumpulan berdepan Thailand di Bangkok pada 9 Jun 2020.

Sepanjang tempoh sembilan bulan itu, skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan beraksi empat kali di Stadium Nasional, Bukit Jalil, bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 September 2019, Thailand (14 November 2019), Indonesia (19 November 2019) dan Vietnam pada 31 Mac 2020.

Keempat-empat perlawanan di gelanggang sendiri itu akan disiarkan secara langsung di RTM menerusi saluran TV1 dan RTM HD Sports, dan di Astro menerusi saluran Astro Arena 801 & 802 HD. Aksi Harimau Malaya di Astro Arena juga akan dapat ditonton secara percuma oleh semua pelanggan Njoi.

Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin menegaskan pemilihan RTM dan Astro adalah demi memastikan aksi skuad Harimau Malaya dapat ditonton oleh semua rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada.

"Siaran langsung perlawanan skuad Harimau Malaya ini boleh ditonton di saluran televisyen percuma (RTM) atau di saluran berbayar (Astro). Tiada sebab untuk mereka tidak dapat menonton siaran langsung.

"Jadi besarlah harapan saya supaya semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan lapisan masyarakat, bersama-sama memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya kita demi memastikan keputusan positif dapat dicapai."

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo berharap dengan RTM turut berperanan selaku penyiar rasmi pusingan kelayakan ini, ia dapat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia terutama yang tidak melanggan saluran televisyen berbayar.

"Selama ini kita sering mendengar permintaan peminat dan penyokong bola sepak Malaysia yang mahukan RTM turut menyiarkan siaran langsung perlawanan membabitkan skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

"Dengan kerjasama bersama FAM kali ini, saya cukup bangga kerana apa yang diminta oleh rakyat Malaysia itu telah direalisasikan. Bola sepak adalah untuk semua dan saya berharap seluruh rakyat Malaysia dapat sama-sama menonton perlawanan secara langsung itu nanti," kata Gobind.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay turut menyatakan komitmen berterusan Astro kepada bola sepak Malaysia khususnya skuad kebangsaan, Harimau Malaya dengan siaran langsung perlawanan serta penerbitan program berkaitan yang diharap dapat menaikkan semangat para peminat, penyokong dan pemain sendiri.

"Sudah tentu Astro gembira kerana sekali lagi diberikan hak penyiaran untuk kempen kelayakan kali ini. Kami akan pastikan semangat dan cabaran skuad Harimau Malaya dalam Kumpulan G ini bukan sahaja disaksikan secara langsung, tetapi penerbitan program yang bakal menyediakan nilai tambah bagi memperkukuhkan lagi sokongan peminat kepada pasukan negara," ujar Choong Khay.

----

MEDIA RELEASE: FAM ANNOUNCES RTM & ASTRO AS OFFICIAL BROADCASTERS FOR HARIMAU MALAYA MATCHES

The Football Association of Malaysia (FAM), today announced Radio Televisyen Malaysia (RTM) and Astro as joint broadcast rights holders for all four 2022 World Cup / 2023 Asian Cup Qualification Round 2 home matches of the Harimau Malaya squad.

Drawn into Group G, Malaysia will play eight matches in total starting with the curtain raisers against Indonesia at the Gelora Bung Karno Main Stadium, Jakarta this Thursday, 5th September 2019 and ending with the last match of the group against Thailand in Bangkok on 9th June 2020.

During the nine months, the Harimau Malaya squad, under the tutelage of Tan Cheng Hoe, will play four home matches at the National Stadium, Bukit Jalil, taking on the United Arab Emirates (UAE) on 10th September 2019, Thailand (14th November 2019), Indonesia (19th November 2019) and Vietnam on 31st March 2020.

The four home matches will be broadcasted live on RTM via TV1 and RTM HD Sports, and on Astro via Astro Arena 801 & 802 HD channels. The Harimau Malaya matches on Astro Arena will also be available for free to all Njoi customers.

FAM president Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin said the appointment of both RTM and Astro is to ensure that the Harimau Malaya matches can be watched by all Malaysians no matter where they were.

"The live broadcast of the Harimau Malaya squad matches can now be watched on free-to-air television (RTM) or on pay-television (Astro). There should be no reason for them not to watch our team live.

"So I sincerely hope that all Malaysians, regardless of race and community, will give their full support to our Harimau Malaya squad in our quest to achieve positive results."

Meanwhile, Minister of Communications and Multimedia, YB Gobind Singh Deo hoped that with RTM also playing a role as the official broadcaster, it would please all Malaysians, especially those not subscribing to paid television channels.

"Over the years, we have received demands from fans and supporters of the Malaysian national football team who request that RTM broadcast live matches of the national team, the Harimau Malaya.

"With the cooperation of FAM this time, I am very proud that what the people of Malaysia have requested for can finally be fulfilled. Football is for everyone and I hope all Malaysians can watch the live matches together," Gobind said.

Head of Astro Sports Division, Lee Choong Khay, said Astro's continued commitment to Malaysian football, in particular the national team - the Harimau Malaya with live broadcasts of matches and the related programs can help lift the spirits of fans, supporters and players alike.

"Astro is thrilled to once again be given the broadcast rights for this qualifying campaign. We will ensure that the exuberance and quest of the Harimau Malaya squad in Group G is not only witnessed live, but the release of a program that will provide added value to further strengthen fan support for the national team," said Choong Khay.