SIARAN MEDIA: KEJOHANAN SULUNG PIALA AIRMARINE BERI PELUANG LONJAKKAN RANKING PASUKAN KEBANGSAAN

2019-02-25

AIRMARINE (MALAYSIA) SDN. BHD, yang merupakan sebuah syarikat logistik terkemuka telah tampil ke hadapan untuk merancakkan saingan bolasepak membabitkan pasukan kebangsaan dengan memperkenalkan kejohanan Piala AIRMARINE yang akan berlangsung pada 20 dan 23 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kejohanan edisi sulung ini akan menampilkan Malaysia selaku tuan rumah, Singapura, Oman dan juga Solomon Islands yang akan berentap pada kejohanan yang diadakan pada kalendar perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Piala AIRMARINE 2019 akan menjadi platform untuk memberi saingan yang lebih kompetitif buat skuad kebangsaan bagi memanfaatkan kalendar perlawanan antarabangsa FIFA untuk meraih seberapa banyak pendedahan dan juga mata untuk memperbaiki kedudukan di dalam ranking antarabangsa FIFA.

Sejajar dengan pelan hala tuju pembangunan bolasepak selama 12 tahun atau dikenali sebagai F:30 yang diperkenalkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Piala AIRMARINE 2019 akan menjadi titik permulaan untuk pelan jangka masa panjang bolasepak negara bagi membawa skuad kebangsaan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi semasa pelancaran kejohanan itu berkata, “Kejohanan ini akan menjadi kesinambungan buat skuad kebangsaan yang telah berjaya menyinar di kejohanan Piala AFF Suzuki tahun lalu untuk memulakan satu pelan pembangunan yang komprehensif dan menjadi sebagai pasukan bolasepak yang disegani."

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Pengerusi Eksekutif AIRMARINE Malaysia Datuk Ananth S. Nathan dan ProEvents yang telah tampil ke depan untuk memberi ruang kepada pasukan kebangsaan untuk bersaing dengan pasukan-pasukan yang ternama sekaligus dapat memberi peluang untuk meraih pengalaman sebagai persediaan untuk kejohanan-kejohanan yang akan datang,” tambah Yusoff.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents International, Encik Julian Kam berkata, "Adalah menjadi kewajipan FAM untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian pasukan kebangsaan. Walau bagaimanapun, amat jarang sekali syarikat korporat untuk melangkah ke hadapan dan membantu FAM dalam usaha menaikkan martabat bolasepak negara. Inilah komitmen sebenar Pengerusi Eksekutif AIRMARINE (MALAYSIA) SDN. BHD., Dato 'Ananth S.Nathan, melalui Piala AIRMARINE.”

Julian berkata, “Terdapat dua matlamat utama Piala AIRMARINE yang turut dianjurkan pada kalendar perlawanan antarabangsa FIFA. Kejohanan ini bertujuan mewujudkan satu platform bagi pasukan kebangsaan untuk terlibat dalam perlawanan yang lebih kompetitif sekaligus memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA dan juga untuk menarik peminat bolasepak di rantau ASEAN hadir ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan kejohanan ini.”

Ketua Pengarah Eksekutif ProEvents, Encik Julian Kam berkata, “Kami gembira untuk bekerjasama dengan AIRMARINE Malaysia kerana tanpa kerjasama yang diberikan Dato Ananth pastinya kejohanan ini tidak dapat dijayakan. Dato Ananth ialah seorang yang cekal dalam meningkatkan imej AIRMARINE dan begitu juga dalam cita-citanya untuk membantu pasukan Harimau Malaya kembali menjadi sebuah pasukan yang digeruni.”

Tiket untuk kejohanan ini akan mula dijual pada 1 Mac 2019 menerusi Proticket dengan harga RM45 untuk tempat duduk grandstand dan RM35 bagi tempat duduk terbuka. Tiket boleh didapati menerusi atas talian di proticket.com.my dan menerusi talian hotline Proticket 03-7880 7999.

ProEvents adalah sebuah syarikat perundingan pemasaran dan pengurusan bola sepak terkemuka di Asia dengan kepakaran dalam membawa pasukan bolasepak ternama. Dengan memiliki pejabat di Hong Kong, Malaysia dan Singapura, ProEvents telah menganjurkan dan mempromosikan banyak pertandingan bola sepak antarabangsa dan antara kelab bolasepak yang telah kami bawa ke rantau Asia ialah Manchester United, Chelsea, Arsenal, Liverpool, Manchester City, Barcelona, Bayern Munich, Paris St Germain, Inter Milan dan banyak lagi.

-----

INAUGURAL AIRMARINE CUP CAN BOOST NATIONAL TEAM’S RANKING

AIRMARINE (MALAYSIA) SDN. BHD – a leading logistics company – has stepped in to develop and present the AIRMARINE Cup 2019 between March 20 and 23 at the National Bukit Jalil Stadium.

The tournament’s first edition will feature the national teams of hosts Malaysia, Singapore, Oman and Solomon Islands which will correspond with the official FIFA International match calendar.

The AIRMARINE Cup 2019 aims to be a tournament that delivers a competitive platform for national squads during the international break to gain the necessary exposure and ranking points to advance in the International football scene.

In line with the Football Association of Malaysia’s (FAM) 12-year roadmap-named F:30, which focuses on the national team reaching greater heights beginning in Asia, the AIRMARINE Cup 2019 can be the perfect foundation laid for the rest of the long-term blueprint.

FAM Deputy President Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi said during the launch, “This tournament can be a continuation to the recent good showing by our National team namely during the AFF Suzuki Cup last year and could prove crucial in regard to kickstart FAM's effort in embarking a comprehensive development plan towards making Malaysia a reputable footballing nation.”

“I would like to thank AIRMARINE Malaysia Executive Chairman Datuk Ananth S.Nathan and ProEvents International for stepping up and putting in the effort to provide a stage for our National team to compete against other established sides and gain valuable exposure for future tournaments,” added Yusoff.

“It is the duty of a governing football body to improve the national team’s performance and achievements. It is, however, not the usual responsibility of a corporate entity to step forward and help out with this important national cause. This is the exact commitment of the Executive Chairman of AIRMARINE (MALAYSIA) SDN. BHD., Dato’ Ananth S. Nathan, through the AIRMARINE Cup,” said Mr. Julian Kam, the Chief Executive Officer of ProEvents Sdn. Bhd., which is promoting the tournament.

Mr. Kam said that there are two major goals of AIRMARINE Cup, which is part of the FIFA International Match Calendar. The first is to create a platform for the national team to engage in additional competitive matches to improve their FIFA ranking through their participation in the tournament.

The other aim is to bring communities in the region together to make Asia a footballing hub, as we expect not only the local fans but also, a slew of football fans from neighbouring countries like Singapore, Thailand, Indonesia and Vietnam to be in Kuala Lumpur to witness great football.

“We are glad to work with AIRMARINE to continue promoting Asian football. The AIRMARINE Cup would have not been possible without the active support and involvement of Dato’ Ananth,” Mr. Kam continued.

“Dato’ Ananth has been instrumental in developing the AIRMARINE, as he strongly believes in providing Malaysians opportunities to excel in the international arena. This has been his philosophy, which he declared to us during inception stages of the AIRMARINE Cup, and the tournament will witness his philosophy coming into play to assist the Harimau Malaya,” added Mr. Kam.

As the leading football promoter in Asia, ProEvents who are no strangers in coordinating major football fixtures in and out the country, are looking to reinvigorate the passion in Asian football and bring cheer to local fans.

ProEvents CEO Mr Julian Kam said, “We are glad to work with AIRMARINE Malaysia and FAM to continue promoting Asian football. This partnership exemplifies our main objective and focus by bringing communities in the region together to make Asia a footballing hub”.

Tickets for the tournament will go on sale March 1 via our ticketing partner, Proticket. The ticket price will be RM45 for grandstand with numbered seating and RM35 for free seating. Online ticket can be purchase through proticket.com.my and through Proticket hotline 03-7880 7999.

Over the past 23 years, ProEvents has become the leading football promoter in Asia with expertise in providing unique and insightful football market intelligence. With offices in Hong Kong, Malaysia and Singapore, ProEvents have organised and promoted more international football matches and clubs football tours in Asia than any other companies. Teams brought into Asia include Manchester United, Chelsea, Arsenal, Liverpool, Manchester City, Barcelona, Bayern Munich, Paris St Germain, Inter Milan and many others.