SIARAN MEDIA: KIM PAN GON PILIH E. ELAVARASAN PENOLONG JURULATIH HARIMAU MALAYA

2022-02-23

Ketua jurulatih kebangsaan yang baharu, Kim Pan Gon, hari ini secara rasminya mengesahkan pemilihan E. Elavarasan bagi menggalas tugas sebagai penolong jurulatih tempatan dalam barisan kejurulatihan Harimau Malaya di bawah kendaliannya.

Elavarasan yang lahir pada 5 Januari 1962 kini merupakan ketua jurulatih Sarawak United FC, jawatan yang disandangnya sejak Februari 2020 yang mana beliau berjaya membawa pasukan itu muncul naib juara Liga Premier 2021, sekali gus layak ke Liga Super 2022.

Menurut Pan Gon, pemilihan jurulatih berusia 60 tahun kelahiran Selangor itu menepati kriteria utama yang dikehendakinya iaitu seorang jurulatih yang berpengalaman luas dengan senario bola sepak Malaysia dan cukup mengenali pemain-pemain yang sedang beraksi dalam kancah Liga Super dan Liga Premier.

"Selepas meneliti calon-calon yang telah ditemu duga oleh Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell sebelum ini, saya sendiri telah bertemu Elavarasan untuk menemu duga beliau yang mana saya melihat Elavarasan sebagai calon terbaik dan individu paling sesuai untuk membantu saya dalam memberi informasi tepat, nasihat dan pendapat serta beberapa perkara lain.

"Saya melihat Elavarasan sebagai seorang jurulatih yang jujur, komited dan beliau sedia untuk memberi sepenuh kerjasama dalam usaha membantu kami barisan kejurulatihan baharu ini mengembalikan skuad Harimau Malaya ke satu tahap prestasi yang lebih baik," kata Pan Gon.

Elavarasan yang tidak pernah terbabit dalam mana-mana pasukan di bawah naungan FAM sebelum ini, menyifatkan pelantikannya sebagai satu penghormatan.

“Saya melihat tugasan ini sebagai satu cabaran dan juga peluang untuk saya menyumbang di peringkat kebangsaan. Saya gembira diberi peluang terbabit dalam projek Pan Gon.

“Saya berharap semua anggota kejurulatihan di bawah seliaan Pan Gon dapat mencipta keserasian dengan segera untuk menghadapi tugasan utama tidak lama lagi.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada majikan saya Sarawak United yang sudi melepaskan saya lebih awal daripada kontrak saya dan tidak lupa kepada pemain dan penyokong yang memberi kerjasama kepada saya sepanjang khidmat saya di Sarawak United,” katanya.

Terdahulu, pada sidang media pertamanya pada 17 Februari 2022, Pan Gon yang berasal dari Republik Korea telah memperkenalkan barisan kejurulatihannya dalam mengemudi skuad Harimau Malaya yang terdiri daripada Pau Marti Vicente dari Sepanyol (penolong jurulatih), Cho Junho dari Republik Korea (jurulatih penjaga gol), Dr. Gokhan Kandemir dari Turki (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun dari Republik Korea (jurulatih analisis prestasi).

Skuad Harimau Malaya dijadual memulakan kem latihan pusat pertama mereka di bawah kendalian Pan Gon pada 14 Mac ini bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Filipina pada 23 Mac dan Singapura pada 26 Mac 2022, kedua-duanya di Singapura.

* Siaran media ini dikeluarkan pada Rabu, 23 Februari 2022

 

PROFIL E. ELAVARASAN

 

Nama Penuh: Elavarasan A/L Elangowan

Umur: 60 tahun

Tarikh Lahir: 5 Januari 1962

Tempat Lahir: Selangor

Kelayakan Kejurulatihan: Lesen Pro AFC (2018)

 

Karier Kejurulatihan:

2020-2022: Sarawak United

2019: PDRM

2018: Melaka United

2015-2017: PKNS FC

2013: Terengganu

2009-2012: Felda United FC

2006: Melaka

2001-2005: Selangor Public Bank

1999: Selangor (Piala Bardhan)

1994-2000: Public Bank FC (Liga Dunhill Selangor)

 

Kejayaan:

1997, 1998 & 2000: Juara Liga Dunhill Selangor (Public Bank FC)

1999: Juara Piala Bardhan (Selangor)

2003: Juara Liga Premier 2 & layak ke Liga Super 2004 (Selangor Public Bank)

2004: Naib Juara Liga Super (Selangor Public Bank)

2006: Naib Juara Liga Premier & layak ke Liga Super 2007 (Melaka)

2010: Juara Liga Premier & layak ke Liga Super 2011 (Felda United FC)

2016: Naib Juara Liga Premier & & layak ke Liga Super 2017 (PKNS FC)

2016: Naib Juara Piala FA (PKNS FC)

2019: Tempat Ketiga Liga Premier & layak ke Liga Super 2020 (PDRM)

2021: Naib Juara Liga Premier & layak ke Liga Super 2022 (Sarawak United)

 

 

MEDIA RELEASE: KIM PAN GON SELECTS E. ELAVARASAN AS HARIMAU MALAYA ASSISTANT COACH

2022-02-23

The newly-appointed national head coach, Kim Pan Gon, today officially confirmed E. Elavarasan as the local assistant coach to serve under his coaching unit.

Born on January 5, 1962, Elavarasan is the head coach of Sarawak United FC, a role he has filled in since February 2020. The former Selangor and Public Bank defender guided Sarawak United to the runners-up spot in the 2021 Premier League to earn promotion to the Super League.

Pan Gon believes Elavarasan meets the criteria as a coach who is familiar with the players and possesses vast experience in the domestic scene.

“After studying the candidates who had been earlier interviewed by FAM Technical Director, Scott O’Donell, I personally met Elavarasan. I believe Elavarasan is the best candidate and the most suitable individual to assist me in providing accurate information and opinions on the team.

"I can see Elavarasan as a committed coach who is geared up to give his full co-operation in helping us to take Harimau Malaya to a higher level,” he said.

Elavarasan who had never been involved in the FAM set-up before, considers the appointment as a huge honour and a national duty.

“I see this assignment as a challenge and also the opportunity for me to contribute at national level. I am happy to be part of this new project.

“My hope is that the coaching team is able to adapt quickly to the head coach’s work ethics and philosophy ahead of a few major tournaments this year.”

“I wish to also thank Sarawak United for giving me an early release from my contract and not forgetting the players and the fans who had given their fullest co-operation to me throughout my stint at Sarawak United,” he said.

Earlier, in his inaugural media conference on February 17, 2022, Pan Gon unveiled his coaching team comprising Pau Marti Vicente (assistant coach), Cho Junho (goalkeeper coach), Dr. Gokhan Kandemir (fitness coach) and Lim Jaehun (performance analyst coach).

Under Pan Gon, Harimau Malaya is scheduled to start their first centralised training camp on March 14 for two Tier 1 International Matches against the Philippines on March 23 and Singapore on March 26, 2022. Both matches will be held in Singapore.

* This release was issued on Wednesday, February 23, 2022

 

E. ELAVARASAN’S PROFILE

 

 Full Name: Elavarasan A/L Elangowan

 Age: 60 years old

 Date of Birth: 5 January 1962

 Place of Birth: Selangor

 Coaching Qualification: AFC Pro License (2018)

 

 Coaching Career:

 2020-2022: Sarawak United

 2019: PDRM

 2018: Melaka United

 2015-2017: PKNS FC

 2013: Terengganu

 2009-2012: Felda United FC

 2006: Melaka

 2001-2005: Selangor Public Bank

 1999: Selangor (Bardhan Cup)

 1994-2000: Public Bank FC (Selangor Dunhill League)

 

 Achievements:

 1997, 1998 & 2000: Selangor Dunhill League Champions (Public Bank FC)

 1999: Bardhan Cup Champion (Selangor)

 2003: Premier League 2 Champion & qualifies for 2004 Super League (Selangor Public Bank)

 2004: Super League runners-up (Selangor Public Bank)

 2006: Premier League runners-up & qualifies for 2007 Super League (Melaka)

 2010: Premier League Champions & qualifies for 2011 Super League (Felda United FC)

 2016: Premier League runners-up & qualifies for 2017 Super League (PKNS FC)

 2016: FA Cup runners-up (PKNS FC)

 2019: Third Place finish in the Premier League & qualifies for 2020 Super League (PDRM)

 2021: Premier League runners-up & qualifies for 2022 Super League (Sarawak United)