SIARAN MEDIA: KIM PAN GON UMUM BARISAN KEJURULATIHAN SKUAD HARIMAU MALAYA

2022-02-17

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah memperkenalkan ketua jurulatih kebangsaan yang baharu, Kim Pan Gon pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya yang mana ia merupakan sesi pertama beliau selepas tiba di tanah air dan selesai menjalani tempoh kuarantin.

Pengendali dari Republik Korea itu yang bakal genap 53 tahun pada 1 Mei 2022 sebelum ini diumum namanya sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin ketika sidang media selepas mesyuarat khas pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2021-2025 pada 21 Januari lalu.

Pada sesi sidang media hari ini, Pan Gon telah mengumumkan senarai barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya yang baharu di bawah kendaliannya iaitu Pau Marti Vicente (penolong jurulatih), Cho Junho (jurulatih penjaga gol), Dr. Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (jurulatih analisis prestasi).

Sementara, seorang lagi penolong jurulatih iaitu dalam kalangan jurulatih tempatan akan dinamakan kemudian oleh Pan Gon dalam masa terdekat selepas beliau membuat penilaian akhir terhadap beberapa calonnya.

“Saya menyandang jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia dengan satu penghormatan yang cukup tinggi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Presiden dan barisan Exco FAM kerana memberi peluang kepada saya, serta kepada para peminat yang menyambut baik kehadiran saya ini.

“Saya sudah biasa dengan projek F30 untuk pasukan kebangsaan Malaysia. Dan saya amat sedar bahawa kita mempunyai matlamat untuk menjangkaui tahap Asia Tenggara. Matlamat inilah yang saya dan pasukan saya ini berada di sini untuk mencapainya. Saya berjanji bahawa saya dan pasukan saya ini akan cuba sedaya upaya untuk membawa pasukan kebangsaan Malaysia ke peringkat seterusnya. Saya percaya pasukan kebangsaan Malaysia mempunyai potensi yang besar.

“Saya berharap agar barisan kejurulatihan ini diberi masa untuk kami membina asas kukuh terlebih dahulu dan bergerak ke hadapan ke arah matlamat kami dengan memberi tumpuan kepada gambaran yang lebih besar.

“Seperti yang saya tahu bahawa moto negara Malaysia ialah “perpaduan adalah kekuatan”. Saya percaya jika semua boleh bersatu bersama-sama kami dengan sokongan dan kepercayaan anda semua, kita akan berjaya untuk mencapai matlamat kita.”

Sidang media turut dihadiri oleh Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar; Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell dan Exco FAM, Christopher Raj yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam FAM.

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Pan Gon ini dijadual bertemu Filipina pada 23 Mac 2022 dan bertemu Singapura pada 26 Mac 2022, kedua-duanya di Singapura sebagai persiapan dan persediaan pasukan menjelang Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 dari 8 hingga 14 Jun 2022.

* Siaran media ini dikeluarkan pada Khamis, 17 Februari 2022

 

PROFIL BARISAN KEJURULATIHAN SKUAD HARIMAU MALAYA 2022

 

1. KIM PAN GON

KETUA JURULATIH PASUKAN KEBANGSAAN

Umur: 53 tahun

Tarikh Lahir: 1 Mei 1969

Negara: Republik Korea

Kelayakan Kejurulatihan: Lesen Pro AFC

Jawatan Terdahulu:

2018-2022: Pengarah Pasukan Kebangsaan di Persatuan Bolasepak Korea (KFA)

2012-2017: Ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong

2011: Penolong Jurulatih Gyeongnam FC (Republik Korea)

2009-2010: Ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong

2008-2010: Ketua jurulatih South China FC (Hong Kong)

2005-2008: Penolong jurulatih Busan IPark FC (Republik Korea)

 

2. PAU MARTI VICENTE

PENOLONG JURULATIH PASUKAN KEBANGSAAN

Umur: 39 tahun

Tarikh Lahir: 29 September 1983

Negara: Sepanyol

Kelayakan Kejurulatihan: Lesen Pro UEFA

Jawatan Terdahulu:

2021-2022: Penolong Jurulatih FC Barcelona B-18

2018-2021: Penolong Jurulatih FC Barcelona B

2017-2018: Penolong Jurulatih FC Barcelona B-19

2013-2017: Penolong Jurulatih Adelaide United FC (Australia)

2012-2013: Penolong Jurulatih Kebangsaan Hong Kong

2012-2013: Penolong Jurulatih Kitchee SC (Hong Kong)

 

3. (AKAN DIUMUM KEMUDIAN)

PENOLONG JURULATIH PASUKAN KEBANGSAAN

 

4. CHO JUNHO

JURULATIH PENJAGA GOL PASUKAN KEBANGSAAN

Umur: 49 tahun

Tarikh Lahir: 28 April 1973

Negara: Republik Korea

Kelayakan Kejurulatihan: Lesen A AFC dan Lesen GK Level 3 AFC

Jawatan Terdahulu:

2020-2021: Jurulatih Penjaga Gol Chiangrai United (Thailand)

2018-2019: Jurulatih Penjaga Gol Zhongnan Codion FC (China)

2017: Jurulatih Penjaga Gol Skuad B-16 Wanita Republik Korea

2014-2016: Jurulatih Penjaga Gol Skuad B-15 & B-18 FC Seoul (Repulik Korea)

2011-2013: Jurulatih Penjaga Gol Daegu FC (Republik Korea)

 

5. DR. GOKHAN KANDEMIR

JURULATIH KECERGASAN PASUKAN KEBANGSAAN

Umur: 35 tahun

Tarikh Lahir: 22 Januari 1987

Negara: Turki

Kelayakan Kejurulatihan: Lesen A UEFA

Kelayakan Akademik: PhD (Movement and Exercise Science) Ankara University Sports Science

Jawatan Terdahulu:

2021-2022: Jurulatih Kecergasan Kocaelispor (Turki)

2018-2021: Ketua Jabatan Prestasi Trabzonspor (Turki)

2017-2018: Jurulatih Kecergasan MKE Ankaragücü (Turki)

2016-2017: Jurulatih Kecergasan Akademi Remaja Trabzonspor (Turki)

2016-2017: Jurulatih Kecergasan Gaziantepspor (Turki)

2014-2016: Jurulatih Kecergasan 1461 Trabzon (Turki)

 

6. LIM JAEHUN

JURULATIH ANALISIS PRESTASI PASUKAN KEBANGSAAN

Umur: 33 tahun

Tarikh Lahir: 7 Julai 1989

Negara: Republik Korea

Kelayakan Kejurulatihan: Lesen A AFC/KFA dan Sijil Analisis Bolasepak KFA

Jawatan Terdahulu:

2019-2021: Jurulatih Analisis Prestasi Seoul E-land FC (Republik Korea)

2016-2019: Juruanalisis Prestasi di Persatuan Bolasepak Korea (KFA)

2015-2016: Juruanalisis Prestasi Pohang Steelers FC (Republik Korea)

2014-2015: Juruanalisis Prestasi Shenzhen FC (China)

2013-2014: Juruanalisis Prestasi Daegu FC (Republik Korea)

 

 

 

PRESS RELEASE: NEWLY-APPOINTED MALAYSIAN HEAD COACH, KIM PAN GON, ANNOUNCES HIS COACHING TEAM

2022-02-17

THE FA of Malaysia (FAM) today unveiled Kim Pan Gon as the head coach of the Malaysian national team in a media conference at Wisma FAM today, upon completing the stipulated quarantine period following his arrival from Seoul.

Pan Gon, who turns 53 on May 1, was earlier announced as the head coach by FAM President, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, following a specially convened FAM executive committee meeting on January 21.

In the media conference, Pan Gon took the opportunity to introduce his coaching team comprising of Pau Marti Vicente (assistant coach), Cho Jun ho (goalkeeper coach), Dr. Gokhan Kandemir (fitness coach) and Lim Jaehun (performance analyst).

A local assistant coach will be named later after Pan Gon gets to meet the shortlisted candidates.

“I hold the position as the Head Coach of the Malaysian national team in high esteem. I would like to thank Datuk President and the FAM EXCO members for giving me the opportunity, as well as the fans who have welcomed me warmly.

“I am familiar with the F30 project for the Malaysia national team. And I am well aware that we have a goal to go beyond the level of Southeast Asia. It is this goal that my team and I are here to achieve. I promise that my team and I will try our best to take the Malaysian national team to the next level. I believe that the Malaysian national team has great potential.

“I appeal for this coaching line-up to be given the time to build a strong foundation first and move forward towards our goal by focusing on the bigger picture.

“As I know that the motto of the country of Malaysia is “unity is strength”. I believe that if everyone can unite with us with your support and trust, we will be able to achieve our goals.”

Also present were FAM general secretary, Mohd Saifuddin Abu Bakar; Technical Director, Scott O'Donell and FAM exco member, Christopher Raj, who is also the chairman of the Media, Communication and Public Relations Committee.

Harimau Malaya under Pan Gon is scheduled to meet the Philippines on March 23, 2022 and Singapore on March 26, 2022. Both matches will be held in Singapore in preparation ahead of the 2023 Asian Cup Qualifiers Final Round from 8 to 14 June, 2022.

* This release was issued on Thursday, February 17, 2022