SIARAN MEDIA: MYANMAR, HONG KONG PENTAS UJIAN HARIMAU MALAYA MENJELANG KELAYAKAN PIALA ASIA 2023

2022-04-12

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya akan berdepan Myanmar pada 27 Mei 2022 dan Hong Kong pada 1 Jun 2022 bagi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 sebagai persiapan menjelang tiga aksi Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 dari 8 hingga 14 Jun 2022.

Dua pasukan ini dilihat sebagai lawan yang bersesuaian untuk skuad Harimau Malaya mempersiapkan diri menjelang tiga perlawanan sebenar Kumpulan E bertemu Turkmenistan pada 8 Jun, Bahrain pada 11 Jun dan Bangladesh pada 14 Jun, dalam misi Malaysia memburu slot untuk layak ke Piala Asia 2023.

Untuk makluman, skuad Harimau Malaya akan bertemu Myanmar, ranking ke-152 dunia memandangkan pasukan berkenaan akan berada di Kuala Lumpur untuk kem latihan pusat sebelum mereka terbang ke Bishkek, Kyrgyzstan bagi saingan Kumpulan F membabitkan Kyrgyzstan, Tajikistan, Myanmar dan Singapura.

Sementara Hong Kong pula yang ketika ini berkedudukan ranking ke-147 dunia akan singgah ke Kuala Lumpur untuk bertemu Malaysia sebelum mereka terbang ke Kolkata, India bagi saingan Kumpulan D membabitkan India, Hong Kong, Afghanistan dan Kemboja.

Skuad Harimau Malaya akan mula berkumpul bagi kem latihan pusat menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 ini pada 19 Mei ini iaitu sejurus berakhirnya Hari Perlawanan 9 saingan Liga Super 2022 pada 18 Mei.

Tempoh tiga minggu kem latihan pusat termasuk perlawanan pemanas badan menentang Myanmar dan Hong Kong ini diharap dapat memberi peluang dan ruang buat kami barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya meningkatkan lagi tahap permainan, keserasian serta kombinasi para pemain sebelum kita berdepan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.

Dengan kesemua perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, saya juga berharap kehadiran penyokong setia Harimau Malaya akan memberikan suntikan semangat untuk pasukan kita tampil dengan persembahan lebih bertenaga dan seterusnya dapat memberikan keputusan positif serta kejayaan yang kita semua harapkan.

 

KIM PAN GON

Ketua Jurulatih Kebangsaan

 

Siaran media ini dikeluarkan pada Selasa, 12 April 2022

 

----------

 

MEDIA RELEASE: HARIMAU MALAYA TO TAKE ON MYANMAR, HONG KONG AHEAD OF 2023 ASIAN CUP QUALIFIERS

2022-04-12

Harimau Malaya is set to take on Myanmar and Hong Kong in two Tier 1 international friendly matches ahead of the 2023 AFC Asian Cup final qualifying round on June 8-14, 2022.

We are scheduled to play Myanmar on May 27 followed by Hong Kong on June 1 as we prepare for the three Group E encounters.

The two teams are seen as suitable opponents for Harimau Malaya’s ahead of the encounters against Turkmenistan on June 8, Bahrain on June 11 and Bangladesh on June 14 as we bid to qualify for the 2023 Asian Cup finals.

Myanmar, ranked at 152, will be in Kuala Lumpur for a centralised training camp before they depart to Bishkek, Kyrgyzstan for their Group F fixtures with Kyrgyzstan, Tajikistan, Myanmar and Singapore.

Hong Kong, ranked at 147, will be in Kuala Lumpur before flying off to Kolkata, India for their Group D fixtures with India, Hong Kong, Afghanistan and Cambodia.

Harimau Malaya will commence centralised training camp on May 19, right after the end of 2022 Super League Match Day 9 on May 18.

The three-week centralised training, which includes the two Tier 1 international friendlies, is aimed at giving the coaching staff the opportunity and space to further improve the level of play, cohesion, compatibility and combination of the players before taking on Turkmenistan, Bahrain and Bangladesh.

Since these upcoming matches are to be held at the National Stadium, Bukit Jalil, I wish to urge the loyal supporters of Harimau Malaya to come forward and express your support, with the hope that it would transmit into the players to perform with energy and positivity and ultimately take the team to greater heights.

 

 KIM PAN GON

 National Head Coach

 

This release was issued on Tuesday, April 12, 2022