SIARAN MEDIA: PEMBATALAN PERTANDINGAN CUCKOO MALAYSIA PREMIER FUTSAL LEAGUE 2021

2021-09-09

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan ini memaklumkan secara rasmi bahawa pertandingan CUCKOO Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2021 yang telah dirancang sebelum ini terpaksa dibatalkan.

Ia selepas mengambil kira situasi semasa berkaitan pandemik COVID-19, hal-hal pengoperasian serta keselamatan kesemua pemain, pegawai, petugas perlawanan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan penganjuran pertandingan yang dimaksudkan.

Keputusan ini juga diambil selaras dengan status penganjuran pertandingan tersebut yang sehingga kini masih belum mendapat kebenaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

FAM turut berasakan bahawa keputusan ini adalah yang terbaik pada ketika ini dan pada masa yang sama memberi lebih ruang kepada setiap pasukan untuk membuat perancangan menghadapi pertandingan ini bagi musim depan.

FAM ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kerjasama semua pihak dalam pelaksanaan keputusan dan ketetapan seperti di atas dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pasukan yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha dan perancangan FAM sebelum ini.

 

MOHD SAIFUDDIN ABU BAKAR

Setiausaha Agung

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

* Dikeluarkan pada Khamis, 9 September 2021