SIARAN MEDIA: SENARAI 35 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-19 KEBANGSAAN BERMULA 6 JULAI 2020

2020-07-02

Berikut senarai 35 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Brad Maloney untuk ke kem latihan pusat selama tiga minggu di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Isnin, 6 Julai 2020 hingga 26 Julai 2020 sebagai persediaan awal bagi menghadapi Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang akan berlangsung di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober 2020.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

MUHAMMAD RAIMI SHAMSUL

18

MF

SELANGOR

2.

MUHAMMAD AZRUL HAIKAL RAMLEE

18

MF

SELANGOR

3.

MUHAMMAD AIKMAL ROSLAN

19

LB

SELANGOR

4.

MUHAMMAD FAHMI DANIEL MOHD ZAAIM

18

RB

SELANGOR

5.

MUHAMMAD FAKRUL IMAN NASZARI

19

MF

SELANGOR

6.

MOHAMMAD ZARIF SYAMIL MOHAMMAD ZAMANI

18

DF

MELAKA

7.

ABDUL RAZIQ ABDUL RAHIM

19

MF

MELAKA

8.

MUHAMMAD HAZIM ABU ZAID

19

FW

MELAKA

9.

ARIF AIMAN MOHD HANAPI

18

MF

JOHOR DARUL TA’ZIM

10.

MUHAMAD UMAR HAKEEM SUHAR REZWAN

18

MF

JOHOR DARUL TA’ZIM

11.

MUHAMMAD FIRDAUS RAMLI

18

DF

JOHOR DARUL TA’ZIM

12.

MUHAMMAD FIRDAUS KAIRONNISAM

18

MF

JOHOR DARUL TA’ZIM

13.

MUHAMAD ALIF ABDUL MUTALIB

18

MF

JOHOR DARUL TA’ZIM

14.

MUHAMMAD SHAFI AZSWAD SAPARI

19

MF

JOHOR DARUL TA’ZIM

15.

DARYL SHAM K. K. GEORGE

18

FW

JOHOR DARUL TA’ZIM

16.

MUHAMMAD RIEZMAN IRFAN MUSTAFAH

19

GK

PAHANG

17.

ALAN LAGANG KERYER

19

MF

SARAWAK UNITED

18.

MUHAMMAD AZIM ANUAR

18

MF

KEDAH

19.

MOHD AIMAN AFIF MD AFIZUL

19

MF

KEDAH

20.

MUHAMMAD AMIRUL AKMAL SAFARINIZAM

18

MF

KEDAH

21.

MUHAMAD AIMAN FARHAN MUHAMAD FAUZI

18

LB

KEDAH

22.

MUHAMMAD ZULHAZRIZAL MOHD ZUHER

18

GK

KEDAH

23.

YUSERIL YUSEKIL

18

MF

SABAH

24.

MOHAMMAD NAZEMIZAN NASLON

19

MF

SABAH

25.

MOHD NASIP MOHAMMAD ZAIN

19

FW

SABAH

26.

MOHD AZLIZAN MOHD AZLAN

19

GK

SABAH

27.

MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD

19

MF

TERENGGANU FC

28.

MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM

19

GK

TERENGGANU FC

29.

MUHD MUSLIHUDDIN ATIQ MAT ZAHID

19

MF

TERENGGANU FC

30.

MUHAMMAD FAIZ AMER RUNNIZAR

17

DF

AMD B-17

31.

MOHAMMAD MARWAN ABDUL RAHMAN

17

DF

AMD B-17

32.

MUHAMMAD KHAIRI SUFFIAN KHAINEYUSRI

17

FW

AMD B-17

33.

ZACHRY RAIFF GHAZIE YEOH

18

MF

PJ CITY FC / BROOKE HOUSE COLLEGE FOOTBALL ACADEMY

34.

MUHAMMAD ADAM NADZMI ZAMRI

18

FW

BISP CRUZEIRO FOOTBALL ACADEMY

35.

WAN AHMAD KUZRI WAN AHMAD KAMAL

18

MF

ST. LOIUS FOOTBALL ACADEMY

 

Malaysia berjaya menempatkan diri dalam kalangan 16 pasukan terbaik ke pusingan akhir ini apabila meraih slot selaku juara saingan kelayakan bagi Kumpulan G selepas menewaskan Thailand 1-0 pada perlawanan terakhir di Phnom Penh, Kemboja pada 10 November 2019.

Bagi pusingan akhir ini nanti, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D bersama juara edisi 2014 iaitu Qatar, Tajikistan dan Yemen pada majlis undian yang berlangsung di AFC House, Bukit Jalil pada 18 Jun 2020.

Kumpulan A menampilkan tuan rumah Uzbekistan, Indonesia, Kemboja dan Iran; Kumpulan B dibarisi Republik Korea, Jepun, Iraq dan Bahrain manakala Kumpulan C diisi oleh Arab Saudi, Australia, Vietnam dan Laos.

Dalam senarai 35 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat kali ini, 14 pemain adalah dari skuad 23 pemain ketika saingan kelayakan di Phnom Penh, tahun lalu manakala baki 21 pemain merupakan pemain yang pernah dipanggil pada kem latihan pusat pemilihan tahun lalu dan juga muka-muka baharu untuk dinilai oleh Maloney dan barisan kejurulatihannya.

Antara pemain baharu yang dipanggil ialah Muhammad Adam Nadzmi Zamri (BISP Cruzeiro Football Academy) dan Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal (St. Loius Football Academy).

Sementara beberapa tonggak utama dalam saingan kelayakan tahun lalu tidak dipanggil untuk kem latihan pertama ini seperti penjaga gol, Firdaus Irman Mohd Fadhil dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman; Azrin Afiq Rusmini, Harith Haiqal Adam Afkar, Mukhairi Ajmal Mahadi, Luqman Hakim Shamsudin dan Ahmad Zikri Mohd Khalili, yang mana mereka dijangka menyertai pasukan pada kem latihan pusat berikutnya.

Mengikut jadual perlawanan yang telah dikeluarkan oleh AFC, Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan D bertemu Tajikistan pada Jumaat, 16 Oktober 2020 diikuti aksi kedua menentang Qatar pada Isnin, 19 Oktober 2020 dan seterusnya aksi terakhir kumpulan berdepan Yemen pada Khamis, 22 Oktober 2020. Ketiga-tiga perlawanan dijadual berlangsung di Stadium AGMK, Olmalik.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan (8 pasukan) seterusnya akan layak ke suku akhir yang mana jika Malaysia berjaya muncul juara Kumpulan D, lawan adalah naib juara Kumpulan C (Arab Saudi, Australia, Vietnam atau Laos) dan jika Malaysia naib juara Kumpulan D, lawan adalah juara Kumpulan C (Arab Saudi, Australia, Vietnam atau Laos).

Seterusnya, empat pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir akan secara automatik layak ke Piala Dunia B-20 2021 di Indonesia. Namun jika Indonesia menjadi salah satu pasukan yang ke separuh akhir, maka satu lagi slot tambahan akan diberikan yang mana ia akan direbut oleh empat pasukan yang kalah pada suku akhir menerusi perlawanan playoff.

Pada edisi terdahulu iaitu Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Indonesia, Malaysia yang ketika itu dibimbing Bojan Hodak turut diundi dalam Kumpulan D, namun gagal melangkah ke suku akhir selepas tewas 2-1 kepada Arab Saudi, seri 2-2 dengan Tajikistan dan kalah 2-0 kepada China untuk menduduki tangga terakhir kumpulan.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia sejak Kejuaraan B-19 AFC ini dimulakan pada tahun 1959 (dengan nama Kejuaraan Remaja AFC) adalah dengan muncul naib juara sebanyak tiga kali pada 1959, 1960 dan 1968 serta meraih tempat ketiga sebanyak dua kali pada 1964 dan 1965.

Pencapaian terakhir terbaik dilakukan pasukan Malaysia ialah pada edisi 2004 yang mana ketika itu Malaysia kendalian K Rajagobal (kini bergelar Datuk) selaku tuan rumah berjaya mara ke suku akhir sebelum tersingkir selepas tewas 3-0 kepada China.

 

KEMAS KINI 20 JULAI 2020:

Brad Maloney telah memanggil seorang pemain baharu iaitu penjaga gol, Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri, 17, dari pasukan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-17.

Sementara empat pemain telah digugurkan selepas dua minggu penilaian dibuat iaitu penjaga gol Mohd Azlizan Mohd Azlan (Sabah), Mohammad Nazemizan Naslon (Sabah), Mohammad Zarif Syamil Mohammad Zamani (Melaka) dan Abdul Raziq Abdul Rahim (Melaka).

Seorang lagi pemain iaitu Mohd Nasip Mohammad Zain (Sabah) turut telah diberi pelepasan kerana ibunya meninggal dunia.

Oleh itu, jumlah pemain yang masih berada dalam kem latihan ketika ini ialah seramai 31 orang.