SIARAN MEDIA: TIGA LAGI PASUKAN LIGA PREMIER BERJAYA DAPAT LESEN KEBANGSAAN; LIMA PASUKAN SUDAH PENUHI SYARAT

2019-11-04

First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM pada 4 November 2019 telah bermesyuarat dan membuat semua keputusan berkaitan pelesenan yang tertangguh dan permohonan lesen yang diberikan lanjutan bagi memenuhi kriteria pelesenan kelab untuk penyertaan liga kebangsaan 2020.

Bagi Liga Premier, keputusan lesen bagi Kelantan FA, Sarawak FA dan UKM FC telah dibuat selepas tarikh akhir lanjutan pada 30 Oktober 2019.

UKM FC telah diberikan lesen kebangsaan. Kelantan FA dan Sarawak FA pula telah diberikan lesen kebangsaan dengan bersyarat.

Dalam kes Kelantan FA dan Sarawak FA, lesen kebangsaan diberikan dengan bersyarat disebabkan beberapa jaminan yang diperlukan daripada pihak ketiga.

Kedua-dua pasukan telah mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jaminan untuk semua perkara yang tertunggak dan akan dipantau untuk memastikan semua jaminan itu dipenuhi. Jika ada yang gagal, lesen kebangsaan mereka boleh dibatalkan.

Ketiga-tiga pasukan ini turut diberikan amaran oleh FIB dan telah dinasihatkan supaya lebih teliti dan memberi perhatian terhadap tarikh akhir yang telah ditetapkan.

Bagi Selangor United FC, PDRM FA dan Pulau Pinang FA yang diberikan lesen kebangsaan dengan bersyarat sebelum ini, mereka kini telah pun berjaya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagi Liga Super, kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Melaka FA dan PKNS FC yang sebelum ini diberikan lesen dengan bersyarat pada 27 September 2019 telah pun berjaya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan ia telah pun diluluskan oleh FIB.

Seperti yang dimaklumkan pada mesyuarat FIB pada 27 September 2019, FAM selaku pemberi lesen mengambil langkah proaktif untuk membendung masalah tunggakan bagi tahun 2019.

FAM cukup prihatin dengan situasi jika terdapat mana-mana pasukan mempunyai tunggakan pada tahun 2019 ini yang mana kesnya belum dilaporkan lagi.

Pasukan-pasukan dikehendaki menyediakan Surat Akuan Berkanun pada 15 Disember 2019 untuk mengisytiharkan bahawa jika mereka mempunyai sebarang bayaran tertunggak pada tarikh berkenaan dan pelan untuk melunaskan hutang-hutang tersebut.

Ia bagi memastikan tiada sebarang tunggakan dari 2019 yang akan dibawa ke musim 2020.

Di sini FAM ingin mengingatkan semua kelab walaupun mereka telah menerima lesen kebangsaan berdasarkan penyelesaian daripada sebarang tunggakan setakat 30 Jun 2019, sebarang tunggakan selepas 30 Jun 2019 perlu diisytiharkan pelan penyelesaiannya selewat-lewatnya pada 15 Disember 2019.

Sebagai penambahan kepada pengisytiharan itu, Unit Pelesenan Kelab akan menjalankan pemeriksaan ke kelab-kelab tertentu bagi memastikan kelab mengambil prosedur tertentu untuk menyelesaikan bayaran tertunggak dan ia perlu selari dengan apa yang telah mereka isytiharkan.

Sekali lagi, saya dengan rasa gembira mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan di atas komitmen dan usaha mereka dalam mendapatkan lesen kelab ini.

 

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

--

 

MEDIA RELEASE: THREE MORE LIGA PREMIER TEAMS SECURE NATIONAL LICENSES; FIVE TEAMS FULFILLED REQUIREMENTS

2019-11-04

The FIB on the 4 November 2019, met and made all pending licensing decisions and on the license applicants that were given an extension to fulfil the club licensing criteria for 2020 national league participation.

For the Premier League, license decisions on Kelantan FA, Sarawak FA and UKM FC were made after the 30 October 2019 extended deadline.

UKM FC was granted a national license. Kelantan FA and Sarawak FA were granted a national license with condition.

In the case of Kelantan FA and Sarawak FA, a national license has granted with condition due to the fact that some guarantees were needed from the third party.

Both teams have submitted supporting documents to display guarantees on all outstanding matters and will be monitored and to ensure all guarantees are fulfilled. Failing which, the national license may be revoked.

All 3 teams were also given a caution by the FIB and were advice to be more meticulous and to pay attention to deadlines.

For Selangor United FC, PDRM FA and Penang FA which were granted the national license with condition had fulfilled all the conditions.

For the Super League we are glad to inform that Melaka FA and PKNS FC which were granted license with condition on the 27 September 2019 have fulfilled the conditions accordingly and have been approved by the FIB as well.

As mentioned during the FIB meeting on the 27 September 2019, FAM acting as the Licensor is taking proactive steps to curb overdue payables as of 2019.

FAM is also keeping an eye on teams that have cases of unpaid wages in year 2019 for which the cases have not been reported.

Teams are required to provide a Statutory Declaration on the 15 December 2019 declaring that if they have any overdue payables as of the said date and the settlement plan of such debt.

This is to ensure that no similar cases from 2019 will be carried into the 2020 season.

Here FAM would like to remind all clubs that although that they have receive the national license based on the settlement on any overdue as of 30 June 2019, any overdue beyond 30 June 2019 must be declared with a settlement plan by 15 December 2019.

In addition to the declaration, the Club Licensing Unit will carry out inspections to certain clubs to ensure that the clubs are taking the necessary procedures to settle the overdue payables and will be consistent with their declaration.

Again I am glad to congratulate all teams on their commitment and effort in being granted a license.

 

Stuart Ramalingam

Football Association of Malaysia (FAM) General Secretary