SUKAN SEA 2015: MALAYSIA 2 BRUNEI 0

Skuad B-23 negara kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya menewaskan Brunei 2-0 pada perlawanan keempat Kumpulan B saingan bola sepak Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura, malam tadi.
 
 Terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, dua gol skuad negara muncul pada baki 20 minit terakhir menerusi sepakan percuma Nurridzuan Abu Hassan pada minit ke-70 dan sentuhan Adam Nor Azlin selepas sepakan sudut minit ke-76.
 
 Malaysia yang sudah pun gagal ke separuh akhir kini di tangga ketiga kumpulan dengan enam mata mengatasi Timor Leste (3), Laos (3) dan Brunei (0).
 
 Vietnam dan Thailand menduduki dua tangga teratas dengan masing-masing mengumpul 12 mata hasil kemenangan maksimum pada empat perlawanan.
 
 Skuad kendalian Kim Swee itu akan melengkapkan saingan Sukan SEA 2015 bertemu Laos pada perlawanan terakhir kumpulan, Khamis ini.
 
J Category: 
uncategorised8