Syarat-Syarat Lesen Kejurulatihan

Syarat-syarat Permohonan Kursus Kejurulatihan

Pendaftaran Peringkat Awalan

1.      Borang Permohonan Kursus serta dengan makluman tempat dan senarai peserta.

2.      Laporan kursus mestilah di hantar 3 minggu selepas berakhir kursus dijalankan.

Pendaftaran Lesen C

1.      Borang permohonan kursus serta maklumat tempat dan disertakan senarai peserta.

2.      Permohonan mesti dilakukan dalam tempoh 5 minguu sebelum tarikh kursus dijalankan

3.      Gambar 2 keping yang berukuran passport, salinan kad pengenalan (berwarna).

4.      Salinan Sijil Awalan mestilah di lampirkan (berwarna). Bekas pemain di peringkat negeri dan kebangsaan dikecualikan.

5.      Laporan dan penyata perbelanjaan kursus mestilah dihantar 3 minggu sekpas berakhir kursus dijalankan.

Pendaftaran Lesen B

1.      Borang permohonan kursus serta maklumat tempat dan disertakan senarai peserta.

2.      Permohonan mesti dilakukan dalam tempoh 5 minggu sebelum tarikh kursus dijalankan.

3.      Gambar 2 keping yang berukuran passport, salinan kad pengenalan (berwarna).

4.      Salinan Sijil Kejurulatihan Lesen C mestilah dilampirkan (Berwarna).

5.      Laporan dan penyata perbelanjaan kursus mestilah dihantar 3 minggu selepas berakhir kursus dijalankan.

6.      Tempoh untuk memohon adalah selepas 2 tahun dan aktif.

Pendaftaran Lesen A

1.      Gambar 2 keping yang berukuran passport, salinan kad pengenalan (berwarna)

2.      Calon mestilah aktif dalam bidang kejurulatihan bola sepak masa kini dan di daftar sebagai jurulatih atau penolong  jurulatih dalam pasukan Negeri atau Kelab yang mengambil bahagian di Liga Super, Perdana, Piala FAM atau Piala Presiden.

3.      Persatuan Bolasepak Malaysia akan mengeluarkan satu surat pekeliling untuk meminta calon-calon dari Persatuan negeri, Persatuan negeri akan mencalonkan peserta dan Persatuan Bolasepak Malaysia berhak untuk memilih peserta yang berkelayakan.

Syarat Tambahan

1.      Calon mestilah aktif dan mempunyai tubuh badan yang sihat untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan praktikal yang intensif. Calon juga mestilah seorang yang aktif dalam bidang kejurulatihan bola sepak.

2.      Bagi calon bukan warganegara Malaysia, calon perlu sediakan 2 keping gambar berukuran passport(berwarna), dan salinan Kad Pengenalan Negara Asal (berwarna) yang diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Negara Calon tersebut. Calon yang diberikan peluang hanya jika ada kekosongan. Keutamaan diberikan untuk warganegara Malaysia.