T-Team kekal pendahulu Liga Premier selepas 11 perlawanan

Selepas berehat selama tujuh minggu, saingan Liga Premier 2015 disambung semula dengan T-Team kekal menghuni tangga teratas apabila berjaya meraih tiga mata penuh menewaskan Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Inspen, Bangi, malam tadi.
 
 Jaringan penyamaan Kuala Lumpur menerusi Fairuz Abdul Aziz pada minit ke-72 seketika memadam gol pendahuluan T-Team hasil jaringan Ahmad Takhiyuddin Roslan pada awal babak kedua.
 
 Namun Farhod Tadjiyev memastikan tiga mata penuh milik pasukan pelawat itu apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk T-Team kini mengumpul 26 mata, berkelebihan empat mata di tangga teratas.
 
 Sabah berjaya memintas Kedah di tangga kedua dengan menewaskan Negeri Sembilan 3-1 di Paroi selepas Kedah sekadar seri 2-2 dengan UiTM FC di Stadium Perak, Ipoh.
 
 Pulau Pinang pula kekal di tangga keempat, berkongsi 22 mata dengan Sabah dan Kedah selepas berjaya meraih tiga mata penuh menewaskan KL SPA Putrajaya FC 3-1 di Stadium Bandaraya.
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
NEGERI SEMBILAN 1
Francis Forkey Doe m-86
SABAH 3
Alto Linus m-4,
Joel Chianese m-36,
Abdoulaye Faye m-41
 
DRB HICOM FC 0
JOHOR DARUL TA'ZIM II 1
Leandro Sebastian m-82
 
UiTM FC 2
Dao Bakary m-14,
Raslam Khan m-21
KEDAH 2
Baddrol Bakhtiar m-53,
Sandro Da Silva m-75
 
KL SPA PUTRAJAYA FC 1
Norhafizzuan Jailani m-80
PULAU PINANG 3
Alberto Goncalves m-2 & m-76,
Faiz Subri m-42
 
KUANTAN FA 1
Milan Purovic m-44
PKNS FC 3
Gabriel Guerra m-56 (p), m-63 & m-78
 
KUALA LUMPUR 1
Fairuz Abdul Aziz m-72
T-TEAM 2
Ahmad Takhiyuddin Roslan m-46
Farhod Tadjiyev m-90+1
J Category: 
uncategorised6