T-Team mula pusingan kedua Liga Premier di tangga teratas

T-Team memulakan aksi pusingan kedua Liga Premier 2015 dengan terus kekal selesa di tangga teratas selepas mudah menewaskan Kuala Lumpur 4-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.
 
 Dengan kemenangan itu, T-Team kini mengumpul 29 mata selepas 12 perlawanan, empat mata mengatasi Pulau Pinang yang melonjak dua anak tangga ke kedudukan kedua liga selepas menewaskan KL SPA Putrajaya FC 4-1 di Stadium Bandaraya.
 
 Kedah kekal di tangga ketiga, berkongsi 25 mata dengan Pulau Pinang selepas turut meraih tiga mata penuh menewaskan UiTM FC 3-1 di Stadium Darul Aman.
 
 Sabah pula turun dua anak tangga ke kedudukan keempat dengan 23 mata selepas sekadar seri 2-2 dengan Negeri Sembilan di Stadium Likas.
 
 PKNS FC mengekori di tangga kelima dengan 20 mata selepas menewaskan Kuantan FA 3-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka yang menjadi gelanggang sendiri sementara mereka sepanjang aksi di bulan Ramadan ini.
 
 Johor Darul Ta'zim II pula gagal memintas kedudukan Negeri Sembilan di tangga keenam apabila kekal ketinggalan satu mata di tangga ketujuh selepas sekadar seri 2-2 dengan DRB HICOM FC di Stadium Pasir Gudang.
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
T-TEAM 4
Ahmad Takhiyuddin Roslan m-4,
Farhod Tadjiyev m-21,
Mohd Nor Hakim Hassan m-36,
Josip Milardovic m-52
KUALA LUMPUR 1
Konte Modibo m-69
 
PULAU PINANG 4
Elias Sulaiman m-59,
Mat Saiful Mohamad m-69,
Alberto Goncalves m-87 (P) & m-89
KL SPA PUTRAJAYA FC 1
Rodion Dyanchenko m-79
 
KEDAH 3
Syafiq Ahmad m-52 & m-55,
Baddrol Bakhtiar m-63
UiTM FC 1
Raslam Khan m-36
 
SABAH 2
Eamon Zayed m-23,
Elhadji Diouf m-78
NEGERI SEMBILAN 2
Azizi Mat Rose m-33,
Bruno Martelotto m-63
 
PKNS FC 3
P Gunalan m-49,
Gabriel Guerra m-64 & m-68
KUANTAN FA 2
Razren Jesni m-36,
Muszaki Abu Bakar m-90+2
 
JOHOR DARUL TA'ZIM II 2
Akhmal Ishak m-47,
Akram Mahinan m-50
DRB HICOM FC 2
Ivan Babic m-59,
Ashadi Yusof m-65
J Category: 
uncategorised6