T-Team terus kuasai Liga Premier selepas 13 perlawanan

Kedudukan empat tangga teratas Liga Premier tidak berubah selepas perlawanan ke-13, malam tadi apabila T-Team, Pulau Pinang, Kedah dan Sabah mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing.
 
 T-Team terus berkelebihan empat mata di tangga teratas selepas menewaskan PKNS FC 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu menerusi hatrik penyerang import dari Uzbekistan, Farhod Tadjiyev.
 
 Pulau Pinang kekal di tangga kedua selepas menewaskan Kuantan FA 3-1 menerusi tiga gol pada baki 10 minit terakhir di Stadium Darul Makmur, Kuantan diikuti Kedah yang menundukkan KL SPA Putrajaya FC 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
 
 Sabah turut meraih tiga mata penuh menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
 
 Selepas 13 perlawanan, T-Team mengumpul 32 mata, Pulau Pinang dan Kedah berkongsi 28 mata manakala Sabah 26 mata untuk empat kedudukan teratas diikuti PKNS FC dengan 20 mata di tangga kelima.
 
 Sementara itu, Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta'zim II berjaya merapatkan jurang mata dengan PKNS FC selepas masing-masing meraih kemenangan tipis 1-0 di laman sendiri ke atas DRB HICOM FC dan UiTM FC.
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
T-TEAM 3
Farhod Tadjiyev m-31, m-54 & m-69
PKNS FC 1
Gonzalo Sato m-21
 
KUANTAN FA 1
Abdul Malik Mat Ariff m-11
PULAU PINANG 3
Alberto Goncalves m-80,
Elias Sulaiman m-89,
Faiz Subri m-90+4
 
KL SPA PUTRAJAYA FC 1
Khairol Azry Abdul Rahman m-2
KEDAH 2
Liridon Krasniqi m-16,
Chidi Edeh m-73
 
SABAH 1
Faizol Nazlin Sayuti m-73
KUALA LUMPUR 0
 
NEGERI SEMBILAN 1
N Thalabalan m-79
DRB HICOM FC 0
 
JOHOR DARUL TA'ZIM II 1
Irfan Fazail m-72
UITM FC 0
J Category: 
uncategorised6