Temubual bersama ala lincah Perak, Siti Rafizah

Pemain posisi ala Perak, Siti Rafizah Bte Abd Rahman berjaya mencuri perhatian penonton dengan aksi lincah berintensiti tinggi membentuk gandingan mantap bersama Nur Haniza Bte Saarani.

Bagi Rafizah, tanggungjawab sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada seorang anak tidak menjadi penghalang dari mengejar minatnya yang mendalam untuk sukan futsal.

“Keluarga saya amat memahami dan ia menjadi pendorong bagi saya. Ia banyak membantu untuk mengimbangi tanggungjawab saya,” ujar Rafizah

Pemain berusia 31 tahun itu juga sempat berkongsi rahsianya untuk mengekalkan tahap kecergasan.

“Pemakanan saya jaga dan disebabkan saya dari dulu lagi jenis yang lasak, saya akan sentiasa cari peluang untuk membuat aktiviti sukan seperti berjoging.”

Pemain itu juga mempunyai harapan yang menggunung terhadap rakan sepasukannya yang dilihat mampu untuk memberi cabaran sengit di dalam saingan untuk menjulang trofi Liga Futsal Kebangsaan (LFK) FAM-Felda 2015.

“Semua pemain bersemangat dan insyaAllah kita akan dapat saingi pasukan lain,” katanya.

Pasukan Perak berjaya mencatat kemenangan ke atas pasukan Kuala Lumpur 2-1 dan seri 2-2 dengan pasukan ATM di minggu pertama LFK.

Kredit Foto: Arena Seladang

J Category: 
article/futsal