Piala Belia 2021

 

FORMAT PERTANDINGAN PIALA BELIA 2021:

* Sepak mula pada 2 Jun 2021 (Rabu)

* Peringkat liga: 20 pasukan dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan Kumpulan A (Zon Utara) dianggotai 7 pasukan daripada Zon Utara, Timur dan Tengah, Kumpulan B (Zon Selatan) dengan 7 pasukan daripada Zon Selatan, Timur dan Tengah manakala Kumpulan C (Zon Tengah) dengan 6 pasukan daripada Zon Tengah (termasuk pasukan dari Borneo) dan Timur.

* Selepas selesai kesemua perlawanan liga dua pusingan iaitu secara timbal balik (keseluruhan 12 perlawanan bagi setiap pasukan dalam Kumpulan A dan B serta 10 perlawanan bagi Kumpulan C), lima pasukan teratas setiap kumpulan akan layak automatik ke peringkat kalah mati iaitu Pusingan 16.

* Satu lagi slot ke Pusingan 16 akan diisi menerusi dua perlawanan playoff. Perlawanan Playoff 1, Tempat Ke-6 Kumpulan C lwn Tempat Ke-6 Kumpulan B, yang mana pemenangnya akan layak ke Perlawanan Playoff 2 bertemu Tempat Ke-6 Kumpulan A yang mendapat bye Playoff 1 menerusi undian yang telah dibuat. Satu pasukan pemenang dari Perlawanan Playoff 2 itu akan layak ke Pusingan 16.

* Peringkat kalah mati: Pusingan 16, Suku Akhir dan Separuh Akhir akan dimainkan sekali sahaja manakala Final akan berlangsung secara timbal balik

* JADUAL PERLAWANAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DARI SEMASA KE SEMASA

 

* Pada 28 Jun 2021, tarikh mula pertandingan telah dianjakkan (BACA DI SINI) dan pada 31 Ogos 2021, pertandingan musim 2021 telah diumumkan dibatalkan secara rasmi (BACA DI SINI).