Piala Presiden 2020

 

FORMAT PERTANDINGAN PIALA PRESIDEN 2020:

* Sepak mula pada 24 Februari 2020 (Isnin)

* Peringkat liga: 21 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan Kumpulan A (Zon Utara) dianggotai 10 pasukan manakala Kumpulan B (Zon Selatan) dengan 11 pasukan

* Selepas selesai kesemua perlawanan liga dua pusingan (18 perlawanan Kumpulan A dan 20 perlawanan Kumpulan B), lapan pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati

* Peringkat kalah mati: Pusingan 16, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Final akan berlangsung secara timbal balik

* Semua perlawanan telah ditangguhkan berkuat kuasa 16 Mac 2020 kerana pandemik COVID-19 dan pada 1 Jun 2020, pertandingan musim 2020 telah dibatalkan secara rasmi. Baca siaran media di sini.