SENARAI PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FAM ERIMAU MENJELANG AFC eASIAN CUP 2023 DI DOHA

2023-01-18

Berikut senarai pemain skuad FAM eRimau kebangsaan yang terpilih untuk menyertai kem latihan pusat bermula Jumaat, 26 Januari 2024 sebagai persiapan menjelang saingan AFC eAsian Cup 2023 dari 1 hingga 5 Februari 2024 di Doha, Qatar.

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

Shaharil Shaifuddin Shaharuddin (Ochibikun)

35

Wepes Malaysia

2.

Muhamad Khairul Abdul Aziz (Keron)

30

Wepes Malaysia

3.

Mohamad Norhaikal Mohamad Noh (JDT Haikal)

26

JDT Esports

 

Untuk makluman, Shaharil juga akan bertindak sebagai ketua jurulatih pasukan serta pemain sepanjang kempen AFC eAsian Cup 2023.

Skuad FAM eRimau akan menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 26 hingga 29 Januari 2024 sebelum mereka dijadualkan terbang ke Doha pada 30 Januari 2024.

Untuk perlawanan pertama skuad FAM eRimau di peringkat kumpulan AFC eAsian 2023, Malaysia akan bertemu Jordan pada Khamis, 1 Februari 2024 seterusnya Bahrain dan Republik Korea pada Jumaat, 2 Februari 2024.

Bagi acara AFC eAsian Cup 2023 itu nanti, saingan pusingan 16 dan suku akhir akan berlangsung pada Sabtu, 4 Februari 2024 manakala saingan separuh akhir dan Final pula akan diadakan Ahad, 5 Februari 2024 di Doha Festival City Mall, Qatar.

 

* Siaran media ini dikeluarkan pada Khamis, 18 Januari 2024