President

YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI HAMIDIN BIN HAJI MOHD AMIN
 
Yang Berbahagia Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin telah sah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2018-2021 pada Kongres FAM Ke-54 di Hotel Hilton Petaling Jaya yang berlangsung pada 14 Julai 2018.
 
Datuk Haji Hamidin yang merupakan Presiden FAM ketujuh sejak 1951 turut mencipta sejarah tersendiri menjadi individu pertama dari kalangan orang biasa bergelar Presiden selepas enam Presiden terdahulu merupakan Perdana Menteri, Menteri Kabinet serta Kerabat Diraja.
 
Datuk Haji Hamidin dilahirkan pada 24 Disember 1965 di Gombak, Selangor dan telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan hasil perkahwinan dengan Datin Hajah Norliza Binti Othman.
 
Beliau terlebih dahulu memulakan kerjaya dalam bidang perbankan selama 11 tahun di tiga buah bank berlainan iaitu Bank Pertanian Malaysia (1984-1985), Malayan Banking Berhad (1985-1991) dan Perwira Habib Bank Berhad (1991-1995).
 
Namun minat mendalam terhadap bola sepak termasuk menjadi antara orang kuat dalam Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) akhirnya menyaksikan Datuk Haji Hamidin membuat keputusan drastik meninggalkan bidang perbankan untuk menyertai Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sebagai Setiausaha Eksekutif pada 1 Ogos 1995.
 
Tiga tahun menjalankan tugas pentadbiran bola sepak Selangor dengan cemerlang, Datuk Haji Hamidin kemudian telah dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Agung FAS pada 1998, jawatan yang terus disandang beliau selama 15 tahun sehingga 2013.
 
Sepanjang Datuk Haji Hamidin berkhidmat bersama FAS dari 1995 hingga 2013 itu, pasukan Selangor telah berjaya memenangi sebanyak 18 kejuaraan termasuk lima kali juara Piala Malaysia, empat kali juara Piala FA dan dua kali juara Liga Super.
 
Dalam tempoh berkenaan juga, Datuk Haji Hamidin mula mengembangkan bakat kepimpinan beliau dalam bidang pentadbiran bola sepak ke peringkat kebangsaan pula selepas terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM bagi penggal 2007-2010.
 
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM ketika itu, Datuk Haji Hamidin telah dilantik sebagai pengurus pasukan futsal lelaki kebangsaan selama empat tahun termasuk ketika memenangi pingat perak pada Sukan SEA 2007 di Thailand.
 
Seterusnya pada Kongres FAM Ke-47 yang berlangsung pada 2010, Datuk Haji Hamidin telah bertanding merebut jawatan Naib Presiden FAM membabitkan lapan calon. Beliau berjaya mengisi salah satu daripada empat kerusi Naib Presiden FAM itu bagi penggal 2010-2014.
 
Selain diberi peranan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM pada penggal berkenaan, Datuk Haji Hamidin turut dilantik sebagai pengurus pasukan B-23 kebangsaan ke Sukan SEA 2011 di Indonesia yang mana skuad kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee itu berjaya memenangi pingat emas selepas menewaskan tuan rumah, Indonesia pada aksi final di Gelora Bung Karno, Jakarta.
 
Seterusnya Datuk Haji Hamidin telah diumum sebagai Setiausaha Agung FAM yang baharu pada 27 Jun 2013 oleh Presiden FAM ketika itu, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah bagi menggantikan Dato' Sri Azzuddin Bin Ahmad yang dilantik sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF).
 
Datuk Haji Hamidin meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung FAS dan memulakan tugas secara rasmi sebagai Setiausaha Agung FAM pada 1 Julai 2013.
 
Sepanjang tempoh lima tahun sebagai Setiausaha Agung FAM sehingga 14 Julai 2018, Datuk Haji Hamidin telah berkhidmat dengan tiga Presiden FAM iaitu KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah (2013-2014), KDYTM Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah (2014-2017) dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (2017-2018).
 
Selain itu, Datuk Haji Hamidin turut menjadi pengurus pasukan kebangsaan dari 15 Mei 2015 hingga 14 Julai 2018.
 
Di peringkat antarabangsa pula, Datuk Haji Hamidin pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dari 2010 hingga 2014 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pembangunan AFC dari 2015 hingga 2018 selain turut merupakan Ahli Majlis AFF dan berada dalam Ahli Jawatankuasa Pertandingan AFF dari tahun 2013 hingga 2018.
 
Sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan penglibatannya dalam pentadbiran bola sepak, Datuk Haji Hamidin telah dianugerahkan darjah kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang pada 2009 dan darjah kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) oleh Sultan Selangor pada 2012, kedua-duanya membawa gelaran Dato' dan darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah membawa gelaran Datuk pada 9 September 2019.
 
              

 

 

YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI HAMIDIN BIN HAJI MOHD AMIN

Yang Berbahagia Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin has been elected President of the Football Association of Malaysia (FAM) for the 2018-2021 term at the 54th FAM Congress which took place at the Petaling Jaya Hilton Hotel on 14th July 2018. 

Datuk Haji Hamidin, who is the seventh FAM president since 1951, has also created history by being the first individual amongst regular citizens to hold the Presidency post after six former Presidents who were Prime Ministers, Cabinet Ministers and Royalties.

Datuk Haji Hamidin was born on 24th December 1965 in Gombak, Selangor and is blessed with four children - two sons and two daughters from his marriage with Datin Hajah Norliza Binti Othman.

He started his career in the banking industry which lasted 11 years in three different banks namely Bank Pertanian Malaysia (1984-1985), Malayan Banking Berhad (1985-1991), Perwira Habib Bank Berhad (1991-1995). 

But due to his deep passion for football, including being one of the most influential members in the Selangor Soccer Fans Club (SSFC) saw Datuk Haji Hamidin making a drastic decision to leave the banking field to join the Football Association of Selangor (FAS) as Executive Secretary on 1st August 1995.

Three years of executing administration duties for Selangor football with distinction, Datuk Haji Hamidin was promoted to FAS General Secretary in 1998, a post that he held for 15 years until 2013.

Throughout Datuk Haji Hamidin’s years of service with FAS, from 1995 to 2013, the Selangor team won 18 titles including five Malaysian Cup titles, four FA Cup titles and two Super League titles.

During that period, Datuk Haji Hamidin began to develop his leadership skills in the field of football at national level after being elected one of the members of the FAM Executive Committee (Exco) for the 2007-2010 term.

As Chairman of the FAM Futsal and Beach Soccer Committee at that time, Datuk Haji Hamidin was appointed the national male futsal team manager for four years including when they won silver in the 2007 SEA Games in Thailand.

Subsequently at the 47th FAM Congress which took place in 2010, Datuk Haji Hamidin competed for the FAM's vice-president's post which involved eight candidates. He managed to successfully fill one of the four FAM Vice-President seats for the 2010-2014 term.

Besides playing the role of FAM Local Competitions Committee Chairman during that term, Datuk Haji Hamidin was also appointed as the manager of the national U-23 squad for the 2011 SEA Games in Indonesia which saw the squad, led by head coach Datuk Ong Kim Swee winning the gold medal after defeating the hosts, Indonesia in the final at Gelora Bung Karno, Jakarta.

Datuk Haji Hamidin was then announced as the new FAM General Secretary on 27th June 2013 by the then FAM President, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah to replace Dato' Sri Azzuddin Bin Ahmad who was appointed as the General Secretary of the ASEAN Football Federation (AFF).

Datuk Haji Hamidin resigned as FAS General Secretary and officially began his duties as FAM General Secretary on 1st July 2013.

During the five years as FAM General Secretary up until 14th July 2018, Datuk Haji Hamidin served with three FAM presidents; KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah (2013-2014), KDYTM Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah (2014-2017) and HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (2017-2018).

In addition, Datuk Haji Hamidin was also the national team manager from 15th May 2015 to 14th July 2018.

On the international stage, Datuk Haji Hamidin has been a member of the Asian Football Confederation (AFC) Competitions Committee from 2010 to 2014 before being appointed as a member of the AFC Development Committee from 2015 to 2018 as well as a member of the AFF Council and a member of the AFF Competitions Committee from the year 2013 to 2018.

In recognition of his contribution and involvement in the football industry, Datuk Haji Hamidin was conferred the Knight Companion of The Esteemed Order of the Crown of Pahang (DIMP) by the Sultan of Pahang in 2009 and the Knight Companion Dato’ Sharafuddin Idris Shah (DSIS) by the Sultan of Selangor in 2012, both carrying the title of ‘Dato’ and the Knight Companion Panglima Jasa Negara (PJN) by the Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah which carrying the title of Datuk on 9th September 2019.