Referee Department

 

MISI

  • Mewujudkan sistem dan prosedur yang dinamik dalam pengurusan pengadil-pengadil di Malaysia.
  • Mewujudkan Projek Gemilang I, sebagai langkah pencarian bakal pengadil berpotensi untuk Liga Malaysia dan PialaDunia 2018.
  • Mewujudkan Projek Gemilang II, sebagai langkah pencarian bakal pengadil berpotensi untuk Liga Malaysia dan Piala Dunia 2022.
  • Pengenalan aktiviti pembangunan dan pendidikan yang terancang di peringkat Negeri dan Kebangsaan untuk pengadil bola sepak, futsal dan bola sepak pantai.
  • Melahirkan pengadil-pengadil profesional.

 

VISI 

Melahirkan pengadil-pengadil Malaysia bertaraf dunia yang mampu mengadili liga bola sepak tempatan dan FIFA Piala Dunia 2018 dan 2022 serta FIFA Piala Dunia Futsal 2016.

PROGRAM JANGKAMASA PANJANG

Program pembangunan jangka masa panjang adalah sesuatu projek yang telah dirancang oleh Jabatan Pengadil FAM untuk mencapai visi yang telah ditetapkan dan akan menjamin kesinambungan modal insan dalam bidang kepengadilan.

 

PROJEK GEMILANG I (2014-2018)

Projek ini dilancarkan pada bulan November 2013 yang mana Jabatan Pengadil FAM telah memilih seramai 30 orang pengadil. Sebanyak 3 atau 4 fasa kursus akan dibuat dalam masa setahun.

Prestasi pengadil dari pelbagai aspek seperti pemahaman undang-undang, prestasi perlawanan dan kecergasan akan dinilai dari sudut mikro dan juga makro di mana pengadil yang menunjukkan prestasi yang rendah dalam masa dua tahun akan digantikan dengan pengadil baharu yang berpotensi.

Siri pertama projek ini telah dilaksanakan pada 6-9 November 2013.

PROJEK GEMILANG II (2015-2019)

Jabatan Pengadil FAM juga telah melancarkan Projek Gemilang II pada tahun ini yang merupakan satu kesinambungan kepada pencungkilan bakat-bakat baharu dalam bidang kepengadilan.

Projek ini turut menampilkan prosedur dan sistem yang sama dari segi format dan implementasinya. Seramai 30 orang pengadil berpotensi dari Kumpulan Pengadil Pra-Kebangsaan tahun 2013 dan 2014 telah terpilih untuk menyertai projek ini

Referee

  • KENYATAAN RASMI FAM BERHUBUNG ISU PENGADIL FINAL PIALA MALAYSIA 2023

    11 Dec 2023
  • SIARAN MEDIA: LAPORAN PRESTASI PENGADIL BAGI PERLAWANAN LIGA SUPER 2023, SABAH FC LWN PENANG FC

    19 Mar 2023
  • SIARAN MEDIA: FAM RAIKAN BARISAN PENGADIL BAGI MUSIM 2022, KRONOS MALAYSIA LANCAR JERSI PENGADIL BAHARU MUSIM 2023

    19 Jan 2023