Kelayakan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 telah berlangsung selama tiga hari dari 21 hingga 23 Disember 2016 di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.
Sebanyak 10 pasukan menyertai saingan kelayakan kali ini dengan Kumpulan A menampilkan Sarawak, KL Imigresen FC, KL City FC, KL Petaling Putra FC dan Sabah Quilmes FC manakala Kumpulan B dibarisi ATM, KSMR Kangar FC, Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) dan Kuantan Rangers FC.
Tiga pasukan telah berjaya layak ke LFK 2017 bermula 4 Februari 2017 iaitu KL Petaling Putra FC (juara Kumpulan A), MBPP (juara Kumpulan B) dan KL City FC (naib juara Kumpulan A yang menewaskan naib juara Kumpulan B, KSMR Kangar FC pada perlawanan playoff).