
PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA
SIARAN MEDIA 16 FEBRUARI 2012
LAPORAN DI AKHBAR STRAITS TIME, SINGAPURA
Persatuan Bolasepak Malaysia kesal atas laporan yang disiarkan dalam akhbar Straits Times Singapura yang membayangkan bahawa pegawai-pegawai Persatuan ini terlibat dalam gejala mengatur perlawanan.
Laporan itu memetik Ketua Keselamatan FIFA, Chris Eaton sebagai sumber yang membuat kenyataan itu.
Sehubungan itu, Persatuan telah menghantar surat kepada Chris Eaton meminta beliau menjelaskan secara terperinci maksud kenyataan tersebut dan memberi bukti jika benar ada asas untuk mengesyakki mana-mana pegawai Persatuan ini. terlibat
Persatuan Bolasepak Malaysia memandang serius gejala rasuah dan pengaturan perlawanan. Persatuan ini telahpun merangka stratergi untuk membenteras gejala yang tidak sihat ini.
Sekian, terima kasih.
News & Media 

