News Archive: August 2016

NAZIRUL NAIM SAH DIKETEPIKAN KERANA KECEDERAAN

2016-08-30

Jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee terpaksa menggugurkan nama Nazirul Naim Che Hashim daripada senarai pelatih skuad Harimau Malaysia bagi kem latihan pusat kali ini selepas pemain pertahanan kiri Perak itu disahkan mengalami kecederaan.

 Nazirul Naim, 23, yang menjadi pemain tunggal tidak melaporkan diri ke kem skuad Harimau Malaysia semalam telah hadir ke Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi untuk melakukan pemeriksaan di Jabatan Perubatan FAM.

SIDANG MEDIA PRAPERLAWANAN MALAYSIA B-22 LWN BAHRAIN B-22

2016-08-29

Berikut komen ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) kebangsaan, Frank Bernhardt pada sidang media pra-perlawanan yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Ia menjelang aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia B-22 bertemu Bahrain B-22 di Stadium Shah Alam, 8.45 malam ini.

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD MALAYSIA B-22, FRANK BERNHARDT

FAM JUARA SULUNG PIALA CABARAN TUNKU ABDUL RAHMAN FAM-AFC

2016-08-27

Pasukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berjaya mencatat kemenangan tipis 6-5 ke atas pasukan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi untuk muncul juara Piala Cabaran Tunku Abdul Rahman FAM-AFC 2016.

 Pasukan FAM diketuai setiausaha agungnya, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin serta dibarisi kakitangan FAM lain termasuk pengarah teknikalnya, Fritz Schmid dan jurulatih futsal lelaki negara, Marcelo Serpa.

SKUAD B-15 NEGARA MUNCUL NAIB JUARA PIALA BARI 2016 DI JEPUN

2016-08-25

Skuad B-15 negara kendalian Dato' Richard Scully muncul naib juara kejohanan jemputan Piala Bari 2016 di Imabari, Jepun selepas tewas 2-1 kepada Ehime FC pada aksi final, tengah hari tadi.

 Skuad negara mara ke final selepas berjaya menewaskan FC Imabari 5-2 pada aksi separuh akhir yang berlangsung pada sebelah pagi.

SENARAI 24 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD KEBANGSAAN BERTEMU INDONESIA DI SOLO

2016-08-25

Berikut senarai 24 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadiri kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula 29 Ogos ini (Isnin).

 Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaysia menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Indonesia di Stadium Manahan, Solo, Indonesia pada 6 September 2016.

 

 

JADUAL SUKU AKHIR PIALA FAM, PIALA PRESIDEN & PIALA BELIA 2016

2016-08-25

Berikut jadual rasmi perlawanan suku akhir bagi saingan Piala FAM, Piala Presiden dan Piala Belia 2016:

 

 

PIALA FAM 2016

 

SENARAI 23 PEMAIN SKUAD MALAYSIA KE KEJUARAAN AFF B-19 2016 DI HANOI

2016-08-25

Ketua jurulatih skuad Bawah 19 (B-19) negara, Frank Bernhardt mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang akan menggalas cabaran Malaysia pada Kejuaraan AFF B-19 2016 yang bakal berlangsung di Hanoi, Vietnam dari 11 hingga 24 September ini.

ONG KIM SWEE TANGGUH UMUM SENARAI PEMAIN HARIMAU MALAYSIA

2016-08-23

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan bahawa senarai rasmi pemain untuk panggilan skuad kebangsaan, Harimau Malaysia bagi kem latihan pusat bermula 29 Ogos ini hanya akan diumumkan pada Khamis ini (25 Ogos 2016).

PIALA FAM: AIRASIA, SG ARA LAYAK KE SUKU AKHIR; MISC-MIFA, PKNP JUARA KUMPULAN

2016-08-22

MISC-MIFA dan Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berjaya mencatat kemenangan selesa pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan saingan Piala FAM 2016 petang semalam untuk masing-masing muncul juara Kumpulan A dan B.