Technical

2021-01-04

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee telah dilantik sebagai pengarah teknikalnya yang baharu berkuat kuasa pada 1 Januari 2021.

Kim Swee, 50, diberi tugas untuk menggalas jawatan Pengarah Teknikal FAM itu bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Peter de Roo.

Bekas pemain tengah Melaka, Sarawak dan Sabah pada era 1990-an itu sebelum ini memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Teknikal FAM merangkap Ketua Unit Belia FAM.

Kim Swee memulakan karier kejurulatihannya dengan menjadi ketua jurulatih Melaka sebelum namanya melonjak sebagai jurulatih yang berjaya mencungkil bakat-bakat muda negara bermula sebagai jurulatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan seterusnya menjadi peneraju utama skuad Harimau Muda.

Kemuncaknya, Kim Swee berjaya membawa skuad B-23 kebangsaan meraih pingat emas Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia dan disusuli pingat perak Sukan SEA 2017 di laman sendiri, selain turut mengemudi pasukan muda negara melakar sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China dan layak ke peringkat kalah mati Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Beliau turut pernah dilantik sebagai pengendali sementara skuad kebangsaan sebanyak dua kali iaitu dari 3 Februari 2014 hingga 28 Jun 2014 selepas kontrak Datuk K Rajagobal sebagai ketua jurulatih kebangsaan tamat dan dari 5 September 2015 hingga 18 Januari 2016 selepas Dollah Salleh meletak jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

Kim Swee kemudian akhirnya dilantik secara penuh sebagai ketua jurulatih kebangsaan dari 18 Januari 2016 hingga 25 Mac 2017 dan selepas itu, beliau diamanahkan pula untuk mengendalikan skuad B-22 negara bagi menghadapi Sukan SEA 2017.

Dengan pengalaman luas beliau sebagai pemain dan jurulatih di pelbagai peringkat, Kim Swee yang juga Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) dilihat sebagai calon terbaik bagi mengisi jawatan Pengarah Teknikal FAM ini.

Selamat bertugas Datuk Ong Kim Swee!

 

 

Youth

  • SIARAN MEDIA: SENARAI 30 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-19 KEBANGSAAN BERMULA 3 OGOS 2020

    28 Jul 2020
  • SIARAN MEDIA: SENARAI 35 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-19 KEBANGSAAN BERMULA 6 JULAI 2020

    02 Jul 2020
  • SENARAI 18 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-17 KEBANGSAAN MENJELANG PIALA JENESYS 2020 DI KAGOSHIMA, JEPUN

    10 Feb 2020

Women's football

  • KELAYAKAN PIALA ASIA WANITA 2022: MALAYSIA 0-4 THAILAND

    20 Sep 2021
  • SENARAI AKHIR 23 PEMAIN SKUAD BOLA SEPAK WANITA KEBANGSAAN KE KELAYAKAN PIALA ASIA WANITA 2022 DI PALESTIN

    13 Sep 2021
  • SENARAI 28 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD WANITA HARIMAU MALAYA BERMULA 21 OGOS 2021

    20 Aug 2021

Grassroots

  • SIARAN MEDIA: LAPORAN KEAHLIAN EMAS PIAGAM SUPARIMAU FAM

    18 Aug 2020
  • SIARAN MEDIA: AKADEMI JDT DIANUGERAHKAN KEAHLIAN EMAS PIAGAM SUPARIMAU FAM YANG PERTAMA

    04 Aug 2020
  • SIARAN MEDIA: FAM MEMULAKAN PELAKSANAAN PIAGAM SUPARIMAU FAM DAN MENYERU SEMUA AKADEMI BOLA SEPAK DI MALAYSIA UNTUK MENYERTAI INISIATIF INI

    30 Jul 2020