2018-08-28
PKNS FC berjaya menewaskan Terengganu FC IV dengan jaringan 2-1 pada perlawanan akhir Piala Belia 2018 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam untuk muncul sebagai juara bagi kejohanan bawah 19 tahun kebangsaan itu.
Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan aksi rancak tetapi buntu mencipta gol. Walau bagaimanapun, PKNS FC terlebih dahulu membuka tirai jaringan apabila berjaya mendapatkan gol pendahuluan di lewat babak pertama menerusi penyerang, Asraff Aliffuddin.