News Archive: February 2020

SIARAN MEDIA: PDRM BERJAYA CAPAI PENYELESAIAN, TIDAK AKAN DIKENAKAN PEMOTONGAN MATA TAMBAHAN LIGA SUPER 2020

2020-02-28

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa pasukan PDRM secara rasminya terlepas daripada hukuman pemotongan enam mata selepas mereka berjaya mencapai persetujuan pelan penyelesaian tunggakan bersama pemain atau pegawai yang terbabit sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu pada hari ini, 28 Februari 2020.

SIARAN MEDIA: SKUAD B-17 KEBANGSAAN AKAN PULANG LEBIH AWAL DARI JEPUN

2020-02-28

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa skuad B-17 kebangsaan kendalian Raja Azlan Shah Raja So'ib yang kini berada di Kagoshima, Jepun akan pulang segera ke tanah air sejurus berakhirnya Japan-ASEAN U-19 Football Tournament (JENESYS 2019).

SIARAN MEDIA: AKSI HARIMAU MALAYA BERTEMU BAHRAIN DIBATALKAN KERANA COVID-19

2020-02-24

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin memaklumkan bahawa Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di antara skuad kebangsaan, Harimau Malaya bertemu Bahrain di Stadium Khalifa Sports City, Isa Town, Bahrain yang dijadual pada 21 Mac 2020 terpaksa dibatalkan.

SIARAN MEDIA: RITA, NURUL AIN & NUR AKMAL DIPILIH UNTUK MENGADILI PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2020

2020-02-20

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin mengumumkan secara rasmi nama tiga pegawai perlawanan wanita yang telah dipilih untuk mengadili perlawanan-perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2020.

Mereka terdiri daripada dua orang pengadil iaitu Rita Gani, 43, dan Nurul Ain Izatty Zainal, 22, serta seorang penolong pengadil iaitu Nur Akmal Anuar, 32.

SENARAI 18 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-17 KEBANGSAAN MENJELANG PIALA JENESYS 2020 DI KAGOSHIMA, JEPUN

2020-02-10

Berikut senarai 18 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-17 kebangsaan, Raja Azlan Shah Raja So'ib untuk kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 19 Februari 2020 sebagai persiapan menghadapi kejohanan Piala Jenesys 2020 dari 23 Februari hingga 4 Mac 2020 di Kagoshima, Jepun.

 

BIL

NAMA

SIARAN MEDIA: MELAKA & KELANTAN BERJAYA SELESAI, PDRM DIPOTONG TIGA MATA LIGA SUPER 2020

2020-02-03

Sebahagian daripada langkah proaktif yang telah diambil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun lalu adalah memastikan semua pasukan mengemukakan Deklarasi Berkanun masing-masing iaitu mengisytiharkan sebarang tunggakan hutang, jika ada pada 30 November 2019.

SIARAN MEDIA: LIRIDON KRASNIQI SAH WARGANEGARA MALAYSIA

2020-02-03

Program pengambilan pemain naturalisasi bagi memperkasakan lagi skuad kebangsaan, Harimau Malaya kini mengorak langkah yang seterusnya apabila Liridon Krasniqi, pemain tengah berasal dari Kosovo, hari ini secara rasminya telah pun menjadi warganegara Malaysia.