News Archive: May 2020

SIARAN MEDIA: FAM UMUM GARIS PANDUAN PELARASAN GAJI PEMAIN & PEGAWAI PASUKAN

2020-05-01

Penangguhan serta merta saingan Liga Malaysia 2020 berkuat kuasa 16 Mac lalu ekoran penularan pandemik COVID-19 yang disusuli Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac dan kini sudah memasuki fasa keempat iaitu sehingga 12 Mei ini telah memberi kesan terhadap kestabilan industri bola sepak secara keseluruhan.