News Archive: October 2020

SIARAN MEDIA: FELDA UNITED, UKM FC GAGAL PENSWASTAAN FC BERSYARIKAT; TIDAK LAYAK SERTAI LIGA ANJURAN MFL MUSIM 2021

2020-10-31

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan bahawa Felda United dan UKM FC telah gagal dalam penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat berikutan kedudukan kewangan pelabur baharu untuk menampung kos pengendalian kedua-dua pasukan ini bagi saingan musim depan didapati tidak cukup kukuh.

Ia sekali gus turut menyebabkan Felda United dan UKM FC tidak layak untuk menyertai liga anjuran Malaysian Football League (MFL) bagi musim 2021, sama ada CIMB Liga Super atau Liga Premier.

SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT KETUJUH JAWATANKUASA PENGADIL FAM

2020-10-15

Berikut adalah keputusan yang telah dicapai pada mesyuarat ketujuh Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 yang telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya pada hari ini, 15 Oktober 2020:

SIARAN MEDIA: 13 PASUKAN LULUS LESEN KELAB UNTUK BERAKSI PADA CIMB LIGA SUPER 2021 & LIGA PREMIER 2021; 7 PASUKAN DAPAT LESEN BERSYARAT

2020-10-05

Sebanyak 10 daripada 12 pasukan yang beraksi pada CIMB Liga Super 2020 telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi pada saingan CIMB Liga Super 2021, jika layak.

10 pasukan tersebut adalah Felda United FC, UiTM FC, Johor Darul Ta'zim FC, Kedah FA, PDRM FA, Perak FA, Petaling Jaya City FC, Sabah FA, Selangor FA dan Terengganu FC.

Dua lagi pasukan iaitu Pahang FA dan Melaka FA diberikan lesen kebangsaan dengan bersyarat.

SIARAN MEDIA: KESEMUA 21 PASUKAN BERJAYA MELENGKAPKAN PENSWASTAAN FC

2020-10-05

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengesahkan bahawa kesemua 21 pasukan telah berjaya melengkapkan penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat masing-masing yang turut merangkumi proses pemisahan dari persatuan bola sepak (FA) ke FC.