Berita baik untuk Pahang

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM telah meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) untuk menggunakan Stadium Darul Makmur di Kuantan sebagai gelanggangnya sehingga penghujung bulan Mei.

Naib Presiden PBNP Datuk Dr Omar Othman berkata, pihaknya mengemukakan permohonan tersebut kerana kerja-kerja menaik taraf stadium berkenaan akan hanya dimulakan pada Jun.

"Sebelum ini Stadium Darulmakmur dijadual terlibat dengan kerja menaik taraf pada awal April, namun selepas itu ia ditangguhkan sehingga Jun, maka kita telah memohon supaya pasukan Pahang dibenarkan beraksi sehingga Mei di stadium itu," katanya.

J Category: 
article/latest-news