DATO' HAJI HAMIDIN GESA PEMIMPIN BOLA SEPAK TEMPATAN JADIKAN WFS ASIA SEBAGAI PANDUAN

2019-04-29

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin menggesa persatuan-persatuan bola sepak di Malaysia untuk memaksimumkan kehadiran penggerak serta penggiat sukan ini di Sidang Kemuncak Bolasepak Dunia (WFS) Asia yang berlangsung dua hari bermula hari ini.

Dato' Haji Hamidin berkata, sidang kemuncak Asia yang julung kali diadakan di sini adalah peluang terbaik buat ahli gabungan mengikuti trend dan isu terkini.

"Saya menggesa pemimpin bola sepak Malaysia untuk bertukar-tukar pendapat dengan mereka yang hadir di sini dan secara tidak langsung mencari ilmu pengetahuan sebanyak mungkin dalam mengikuti trend dan isu terkini.

"Dengan mengadakan sidang kemuncak di Kuala Lumpur, Malaysia dan Asia akan mendapat manfaat memandangkan ramai tokoh dan pakar bola sepak terbaik berkumpul untuk bertukar pendapat antara satu sama lain buat julung kalinya di sini," katanya dalam ucapan pembukaan.

Ini adalah kali pertama WFS diadakan di luar Eropah, berikutan tiga edisi sebelum ini diadakan di Madrid.

"Maklum balas yang saya perolehi daripada edisi sebelum sidang kemuncak di sini sangat positif. Malah secara peribadi, setelah menghadiri Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia di Madrid sebanyak dua kali sebelum ini, saya merasakan dialog dan perbincangannya mampu membuka kesedaran serta bernilai.

"Sama ada topik perbincangannya merangkumi pengurusan kewangan mahupun mekanisme cukai agar seiring dengan arus perdagangan komersial bola sepak sekarang, bagi saya sidang kemuncak ini adalah tempat terbaik untuk semua pemimpin bola sepak," kata Dato' Haji Hamidin.

WFS Asia, yang bertujuan untuk menjadi sidang antarabangsa yang paling gah dalam industri bola sepak Asia, dilihat sebagai platform paling ideal dalam sukan ini selain mampu diangkat sebagai kapten dalam industri bagi mewujudkan jaringan.

Lebih daripada 2,000 pengamal bola sepak dengan 60 penceramah dijangka akan hadir di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid untuk WFS Asia ini. Dalam pada itu, lebih daripada 30 wakil ahli gabungan FAM telah mendaftar untuk menghadirinya.

Dato' Haji Hamidin menambah: "Sebagai Presiden FAM, saya berharap dapat mengetengahkan langkah untuk membuka  pelaburan baru dalam perkembangan bola sepak menerusi penajaan baru.

"Saya percaya kebanyakan hadirin pasti ingin mengetahui betapa pentingnya pertambahan dan realiti maya hari ini serta seberapa banyak data yang dapat diterokai dengan lebih terperinci.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur Sidang Kemuncak Bolasepak Dunia Asia ini kerana memilih Kuala Lumpur sebagai tuan rumah. Saya harap ini bukan yang pertama dan juga bukan yang terakhir."

 

-------------------

 

DATO’ HAMIDIN URGES LOCAL FOOTBALL LEADERS TO LEARN FROM WFS ASIA

2019-04-29

FA of Malaysia (FAM) president, Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, has urged the Malaysian football fraternity to fully maximise on the presence of football movers and shakers at the two-day World Football Summit (WFS) Asia starting today.

Dato’ Haji Hamidin said the inaugural Asian summit was an opportunity for FAM affiliates to update themselves on the latest trends and issues.

“I urge my fellow football leaders in Malaysia to exchange views with those present and gather as much information as possible in order to update ourselves with the latest trend and issues.

“By having the summit in Kuala Lumpur, Malaysia and Asia will benefit substantially as the best minds gathered and can be accessible to each other for the first time on a big scale summit in these shores,” he said in his opening address.

This is the first time the WFS is held outside Europe, following three successful editions held in Madrid.

“The feedback from the previous editions of the summit has been very positive. Personally, having been to the World Football Summit in Madrid on two occasions, I feel the dialogues and round-table discussions were valuable and good eye-openers.

“Whether the topics centre on financial management, a taxation mechanism to correspond with today’s football commercialism or contractual disputes, the summit is the place to be for all football leaders,” said Dato’ Haji Hamidin.

WFS Asia, which aims to become the most prominent international event for the Asian football industry, is seen as the ideal platform for the football fraternity and the captains of industries to establish networking.

More than 2,000 people from the football fraternity are expected to gather at the Sunway Pyramid Convention Centre for the two-day WFS Asia, which will feature over 60 speakers. More than 30 representatives of FAM’s affiliates have registered to attend WFS Asia.

Dato’ Hamidin added: “As the president of FAM, I wish to be enlightened on the ways and means of unlocking the new investment opportunities for football development through new sponsorship revenues.

“I am certain most in the audience would appreciate to know how crucial augmented and virtual reality are in today’s game or how big data can be explored further.

“I wish to again thank the organisers of the World Football Summit Asia for having chosen Kuala Lumpur as the host. I hope this is not the first and the last.”