FAM LANTIK BRAD MALONEY KETUA JURULATIH SEMENTARA SKUAD B-19 KEBANGSAAN

2019-06-28

Penolong Ketua Jurulatih B-23 Kebangsaan, Brad Maloney telah dilantik sebagai ketua jurulatih sementara skuad B-19 kebangsaan, jawatan yang baru-baru ini dikosongkan selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bekas ketua jurulatih B-19, Bojan Hodak.

Jurulatih dari Australia ini akan memulakan tugas beliau pada 1 Julai 2019 hingga akhir tahun ini dan ujian pertamanya sebagai ketua jurulatih adalah membimbing skuad B-18 kebangsaan ke Kejuaraan B-18 AFF 2019 di Vietnam dari 5 hingga 18 Ogos 2019.

Brad juga akan menerajui pasukan untuk kempen kelayakan skuad B-19 kebangsaan bagi Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Kemboja dari 2 hingga 10 November 2019.

Walaupun mengetuai skuad B-19 kebangsaan, Brad tetap kekal sebagai penolong ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee - peranannya yang penting kerana dia adalah sebahagian daripada skuad B-23 kebangsaan yang mengakhiri saingan pada Pusingan 16 dalam Sukan Asia 2018 & Kejuaraan B-23 AFC 2018 dan meraih tempat kedua pada Sukan SEA 2017.

Langkah untuk melantik Brad sebagai ketua jurulatih pasukan B-19 kebangsaan turut disokong oleh Datuk Ong kerana ia memperkuatkan kedudukan Brad sebagai penolong ketua jurulatih pasukan B-23 kebangsaan.

"Brad sudah bersama kami sejak tahun 2014 dan dia sudah biasa dengan cara bola sepak di Malaysia yang membuatnya menjadi calon yang ideal untuk memimpin skuad B-19. Kami ingin menggalakkan hubungan kerja yang rapat dan harmoni antara ketua-ketua jurulatih dalam semua kategori umur dan saya yakin pelantikan Brad juga akan memperkuatkan lagi kami dalam hal ini," kata Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo.

"Dia telah membuktikan dirinya sebagai penolong ketua jurulatih yang berwibawa dan kini tiba masanya untuk dia memimpin pasukan B-19 kebangsaan. Dia tidak sabar untuk memulakan tugasnya dan ia merupakan tanda yang positif,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengenai pelantikan Brad.

Untuk rekod, skuad B-19 kebangsaan bergelar juara Kejuaraan B-19 AFF tahun lepas dan berjaya layak ke Kejuaraan B-19 AFC 2018, di mana mereka gagal melepasi peringkat kumpulan.

 

---

 

FAM NAMES BRAD MALONEY NATIONAL U-19 INTERIM HEAD COACH

2019-06-28

National U-23 Assistant Head Coach, Brad Maloney has been appointed as the national U-19 interim head coach, a position recently vacated after the Football Association of Malaysia (FAM) decided against renewing the contract of former national U-19 head coach, Bojan Hodak.

The Australian international’s tenure will begin on the 1st of July 2019 until the end of the current year and his first test as head coach will be to lead the national U-18 squad for the upcoming AFF U-18 Championship 2019 in Vietnam from 5th to 18th August 2019.

Brad will also oversee the national U-19 squad’s qualifying campaign of the 2020 AFC U-19 Championship in Cambodia from 2nd to 10th November 2019.

Despite leading the helm for the national U-19 squad, Brad will still remain as the right-hand man for Datuk Ong Kim Swee’s national U-23 charges; a role he has been pivotal in as he was part of the resilient U-23 side that bowed out in the Round of 16 of both the 2018 Asian Games and 2018 AFC U-23 Championship while finishing as runners-up in the 2017 SEA Games.

The move to appoint Brad as the national U-19 interim head coach was also supported by Datuk Ong as it strengthens Brad’s position as the national U-23 assistant head coach.

“Brad has been with us since 2014 and he is familiar with the Malaysian way of football which makes him the perfect candidate to take charge of the national U-19 side. We want to promote a close-knit and harmonious working relationship between head coaches of all age-groups and I know the appointment of Brad will reinforce our case on this," said FAM Technical Director, Peter de Roo.

“He has proven himself as an accomplished assistant head coach so now it is time for him to step up and lead the national U-19 team. He is raring to go, which is a great sign,” said FAM General Secretary, Stuart Ramalingam on Brad’s appointment.

Of recent successes, the national U-19 squad was crowned champions of the AFF U-19 Championship last year and qualified for 2018 AFC U-19 Championship, in which they did not make it out of the group stage.