FAM perkenal pasaran perpindahan pemain

Buat pertama kali , Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan kemasukan baharu daripada kalangan pemain tempatan bagi setiap pasukan menjelang pintu pendaftaran pemain kali kedua Liga Malaysia pada 8 hingga 22 April ini.

Bagaimanapun, ia hanya dihadkan kepada tiga pemain sahaja sementara kuota penukaran dua pemain import kekal seperti mana kebiasaan pada musim lalu.

J Category: 
article/latest-news