Final Piala FA di Stadium Nasional

Venue perlawanan akhir bolasepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu ialah Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu diputuskan selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermohon supaya perlawanan itu diadakan di venue itu pada 11 Jun.

"Oleh kerana ia diadakan pada bulan Jun dan dimasukkan dalam pakej permohonan FAM untuk menganjurkan pelbagai perlawanan persahabatan, termasuk perlawanan kelayakan Sukan Olimpik, kelayakan Piala Dunia pada bulan Jun dan Julai ini, maka saya meminta pihak stadium agar stadium itu dapat digunakan untuk perlawanan Piala FA yang akan datang ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Chukai di Kemaman, pada Jumaat.

J Category: 
article/latest-news