Ganjaran RM1,000

Individu yang menangkap atau memberikan maklumat kepada polis mengenai orang yang membuat menggunakan bahan larangan sewaktu final Piala FA pada 29 Jun ini, bakal mendapat sagu hati RM1,000 seorang.

Sagu hati sumbangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu bertujuan mencegah kejadian yang tidak diingini dalam pertembungan Kelantan-Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Keputusan ini bertujuan membendung tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan awam seperti membakar atau melontar mercun, bunga api dan suar serta perkara lain.

J Category: 
article/latest-news