Garis Panduan Jendela Perpindahan April Liga Malaysia

Tempoh: Jendela Perpindahan Kedua bagi pasukan-pasukan Liga Malaysia dibuka dari 1 hingga 28 April.

Garis Panduan:

1.    Kuota pendaftaran pemain baru bagi setiap pasukan adalah 3 orang pemain tempatan dan 3 orang pemain asing. Pemain-pemain tempatan hanya dibenarkan untuk berpindah melalui cara penamatan kontrak bersama pasukan asal sahaja kerana sistem perpindahan secara pinjaman tidak dibenarkan.

2.    Perpindahan pemain-pemain asing yang membabitkan antara pasukan-pasukan Liga Malaysia pula tidak dibenarkan kerana hanya pemain asing baru sahaja boleh didaftarkan ketika jendela Perpindahan Kedua ini.

3.    Pasukan yang mempunyai kurang daripada:

·         4 orang pemain asing pada pendaftaran boleh membuat tambahan pendaftaran baru bagi memenuhi kuota tersebut;

·         jumlah keseluruhan skuad sebanyak 26 orang pemain (bagi Persatuan Bola Sepak Negeri dan pasukan Kelab yang mempunyai pasukan Piala Presiden di Liga Super dan Liga Premier) boleh membuat tambahan pendaftaran baru bagi memenuhi kuota tersebut;

·         jumlah keseluruhan skuad sebanyak 30 orang pemain (bagi pasukan Kelab di Liga Super dan Liga Premier yang tidak mempunyai pasukan Piala Presiden) boleh membuat tambahan pendaftaran bagi memenuhi kuota tersebut.

4.    Pemain-pemain yang didaftarkan pada jendela Perpindahan Kedua haruslah menggunakan nombor jersi di antara 41 hingga 50 sahaja. Walaubagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Negeri dan pasukan Kelab boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM untuk mendaftarkan nombor yang telah digunakan pada Pendaftaran Pertama.

J Category: 
article/latest-news