Harimau Malaya Kalah Perlawanan Terakhir Jelajah Australia

Skuad bola sepak kebangsaan melengkapkan Jelajah Australia dengan episod duka selepas kalah 2-0 kepada juara National Premier Leagues-New South Wales (NSW), Marconi Stallions FC, 2-0 di Stadium Marconi, Bossley Park, Sydney, hari Khamis.

Skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal sebelum ini kalah 3-2 kepada Canberra FC pada aksi sulung, Khamis lepas sebelum bangkit mencatat kemenangan dengan membelasah Sydney Olympic FC, 4-0, lima hari kemudian.

Dua gol pasukan tuan rumah pada perlawanan hari ini dijaringkan Milorad Simonovic dan Tadgh Purcell, masing-masing pada minit ke-42 dan 45.

J Category: 
article/latest-news