Impian Aidil berkecai

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa penggantungan dua perlawanan ke atas pemain Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zakuan Abdul Razak kekal.

Ini bererti Mohd Aidil tidak dapat beraksi membantu Johor Darul Takzim dalam perlawanan final Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini (29/6/13).

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Dato’ Taufek Abdul Razak menyatakan bahawa Johor DT tiada sebarang asas untuk mengemukakan rayuan terbabit kerana apa yang diputuskan oleh pengadil adalah muktamad dan jawatankuasanya tiada asas untuk meminda hukuman yang telah diberikan oleh pengadil perlawanan.

J Category: 
article/latest-news